JoiN Me HeRe..

Friday, April 8, 2011

Cream Cheese Pudding...



Suami baru balik dari korea,dia merungut makanan halal di sana agak mahal,terpaksa membelanjakan lebih kurang rm200 sehari utk mkn sahaja.Sebelum pulang dia ada berpesan suruh masak yang sedap2 bila dia balik nanti..ermmm..so malam semalam rasa macam nak masak sesuatu untuk family.Sesuatu yang istimewa dan seisi keluarga suka.Fikir punya fikir terhasillah resepi ni.Memang sedap,rasa cheesenya memang memukau,sejuk je lalu kt tekak.Memang ala2 cheese cake secret resepi.Boleh makan dengan sedikit rasa bersalah sebab resepi ni berkalori tinggi (sekali sekala boleh la)....

Resepi:

7 keping biskut cream cracker
6 keping keju cheesedale (boleh gantikan dgn cream cheese)
1 1/2 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
4-5 sudu besar gula (boleh kurangkan manis)
1 sudu besar susu pekat manis

utk karamel:
4 sudu besar gula
2-3 sudu besar air panas

Langkah2..
Buat dulu karamelnya..
panaskan gula dgn api sederhana sehingga keperangan dan masukkan 2-3 sudu air panas tadi.Hati2 sebab gula akan meletup2,kacau sehingga air sebati dgn gula..angkat dan tuangkan ke dasar loyang.sejukkan karamel pada suhu bilik,ketepikan.

Untuk Puding..
Masukkan susu cair,cheese dan gula,kisar sehingga kembang.Kemudian masukkan biskut,telur,esen vanilla dan susu pekat dan kisar kesemuanya sehingga betul2 halus...tuang ke dalam loyang berkaramel tadi dan kukus lebih kurang 30 minit.Bila dah masak,angkat dan sejukkan loyang terlebih dahulu kemudian baru terbalikkan perlahan-lahan..sejukkan dlu dalam fridge @ mkn segera.Selamat Mencuba...

3 comments:

  1. wahh..sedap ni su!
    nt nk try la..

    ReplyDelete
  2. wow menarik resepi nih.. leh cuba nnt...

    ReplyDelete
  3. ok sila la cuba ye..jgn lupa ekjas sendiri keras lembut,lemak manis puding tu..kalo rs lembut sgt tambah biskut lg...biar secukup rs..

    ReplyDelete