JoiN Me HeRe..

Thursday, March 11, 2010

Anda 'Berpolitik' di Office?


Situasi 1
Anda buat kerja dengan ikhlas dan jujur,niat untuk mendapat rezeki yang halal,tidak mengambil kesempatan,tidak curi tulang,sentiasa menjaga nama baik kompeni dan semua staff,tidak mahu terlibat dalam sebarang penyelewengan@salah laku,serta menyelesaikan kerja dengan sebaik mungkin.

Situasi 2
Anda suka melakukan kerja ala kadar sahaja,buat kerja hanya untuk menunjuk-nunjuk,banyak buang masa,banyak mengampu bos,suka menjatuhkan orang lain demi untuk kepentingan diri sendiri(berharap dapat naik pangkat dengan cara itu),kerja sendiri suruh orang lain yang buat tetapi mengaku hasil kerja sendiri,iri hati dengan kejayaan staff lain,suka menghasut dan menfitnah,sukakan kontroversi dan tidak amanah.

Jadi dimanakah anda?Tanya diri sendiri bagaimana corak 'politik' anda.Halalkah rezeki yang anda terima atau hanya makan gaji buta?Bagi yang mahu berfikir,anda sendiri punya jawapannya..

Fikir-fikir..


Aku selalu ingatkan diri aku,'fikir dulu sebelum buat,bila dah buat jangan fikir-fikir lagi'.Maklumlah dalam kehidupan ni kadang-kadang kita dibelenggu kesukaran dalam membuat percaturan.Bila nasi sudah jadi bubur kita dah tak boleh buat apa-apa lagi.Jadi sebelum atur langkah,pastikan dulu hala tuju.

Sunday, March 7, 2010

Tujuh Elemen Yang perlu Anda Tahu Dalam Pengucapan Awam


1. Pengucap (speaker)
2. Mesej
3. Saluran
4. Pendengar
5. Maklum balas
6. Gangguan
7. Susun atur(Setting)

Pengucap
  1. mempunyai mesej disampaikan untuk memberitahu,mempengaruhi/memujuk,memberi inspirasi atau menghibur.
  2. Perlu merancang,penyelidikan,persediaan dan latihan yang sewajarnya untuk mencapai objektif.
  3. Pengucap perlu ada
  • Minat
  • Motivasi
  • Kredibiliti
  • Perancangan
  • Persembahan terbaik
Mesej
  1. Maklumat yang hendak disampaikan berjaya jika:
  • Tajuk sesuai
  • Perkataan tepat
  • Bahasa tepat
  • Beri contoh
  • Disampaikan dengan gaya yang sesuai
  • Susunan mesej jelas
  • Struktur persembahan mestilah mengandungi pendahuluan,isi kandungan,cadangan,penutup
Audien
  1. Adalah pelanggan anda.Analisis audien diperlukan bagi menentukan strategi pendekatan dengan kaedah yang sesuai.
  • Pendekatan audien
  • Lingkungan umur audien
  • Anggaran jantina
  • Anggaran taraf perkahwinan
  • Anggaran bangsa
  • latarbelakang sosial dan budaya
  • taraf pendidikan
  • minat
  • Tahap pengetahuan
  • Pengharapan
Saluran
(Lisan atau bukan lisan)
  1. Lisan-Percakapan menggunakan suara
  2. Bukan lisan - gerak geri(pergerakan badan dan tangan)pertembungan mata dgn audien,mimik muka,keterampilan diri (pakaian yg sesuai,kredibiliti,kualiti diri yg baik,sikap terbuka,komited dan hormat) penggunaan rajah,carta,graf dan gambar.
Maklum balas
  1. Samaada untuk mesej yang diterima atau tindakbalas.
  2. pengucap perlu:
  • Peka kepada maklumbalas
  • Pinta maklumbalas
  • Bertindakbalas dgn sebarang maklumbalas
  • Ulang penerangan bagi mendapat maklumbalas
Gangguan (dalaman dan luaran)
  1. Dalaman-datang dari dalam diri pengucap itu sendiri contoh keadaan gementar ,konflik dalaman dan lupa skrip
  2. Luaran
  • Persepsi audien berbeza
  • Pemahaman berbeza
  • Prasangka
  • Bising
  • fizikal/psikologi audien
  • Tidak tumpu perhatian
  • Tempat tidak selesa,sistem audio yang teruk,suhu yang cukup sejuk@panas..
Susun atur(Setting)
  • Pengucap perlu ketahui keluasan bilik
  • Kemudahan yang ada,audio,video dll
  • Suhu bilik
  • Lampu,cahaya dll
  • Di mana harus berada semasa persembahan
(Rujukan:Kementerian Sumber Manusia,Putrajaya)

Tanah Perkuburan


Dari dulu sampai sekarang masyarakat kita telah dipengaruhi dgn filem2 @ drama yang menunjukkan bahawa tanah perkuburan merupakan satu tempat yang agak 'keras'.Bagi yang mahu berfikir,mari kita fikir sejenak adakah kawasan ini patut dianggap sebegini selamanya?memang tidak dapat dinafikan kewujudan makhluk2 dan alam ghaib di tempat2 sebegitu,tetapi mari kita sama2 ubah tanggapan kita selama ini terhadap tanah perkuburan.

Dulu sewaktu kecil aku sering menonton filem yang menggambarkan tanah perkuburan itu memang berhantu.Dan aku tidak nafikan setiap kali melalui tempat2 tersebut berseorangan aku menjadi gerun sekali.Rasa mahu terbang selaju-lajunya untuk melepasi kawasan tersebut.

Masa telah berlalu,tanggapanku terhadap tanah perkuburan juga telah berubah.Semuanya bermula semasa aku mula menyewa rumah (rumah sekarang) yang ada kubur di belakangnya.Jarak dari pintu belakang rumahku lebih kurang 3 meter sahaja,memang dekat.Dan bertentangan pintu belakang rumahku itu ada satu pohon yang cukup tinggi dan besar.Orang cakap kalau ada pokok besar lagi keras tempat tu.

Paling aku rasa kelakar bila kawan2 datang,mereka kaget seketika melihat pemandangan di belakang rumahku,saja aku tidak beritahu awal2,seronok melihat reaksi mereka.Sebenarnya tempat sebegitu tidak ada apa yang perlu ditakutkan,malah aku rasa bertuah kerana hari2 sewaktu aku buka sahaja tingkap aku dapat memberi salam kepada roh2 si mati.Tempat ini juga kadang2 boleh menginsafkan kita,ye lah sebagai manusia aku juga sering lalai dan mudah terpedaya dengan hasutan dunia.

Bila sudah hari-hari melihat pemandangan tanah perkuburan tersebut, aku pun sudah terbiasa dengan kawasan ni.Malah anakku juga sering meninjau-ninjau sewaktu kami menyusur ke kawasan tersebut untuk ke kedai makan berhampiran.Sayu rasa hati..

Berbalik dengan tanggapan 'keras' itu tadi,setakat ini tanah kubur tersebut belum mendatangkan apa-apa masalah pada aku sekeluarga,yang penting banyakkan berdoa agar dijauhkan sebarang gangguan.Emak aku ada nasihatkan aku dulu sewaktu aku agak was-was menyewa rumahku sekarang,mak cakap"apa nak ditakutkan,kita pun akan kembali ke situ juga nanti".Jadi,betullah apa yang emak aku cakapkan tu ;p...

Seri Iskandar Dalam Kenangan




Bandar Seri Iskandar,sebuah bandar yang memberi seribu erti padaku,di sanalah aku mula mengenal erti kejiranan,persahabatan,perjuangan dalam mencari rezeki dan di sana juga aku mula bergelar seorang ibu.

Manisnya apabila mengimbas kembali kenangan yang berlalu.Di sana aku bebas melakukan apa saja yang aku suka,contohnya memelihara ikan,memancing dan bercucuk tanam.Walaupun jadual kerjaku melibatkan waktu malam tapi itu bukan penghalang untuk aku menikmati semua itu.

Lewat petang setelah pulang dari kerja aku akan bersiap-siap bersama anak dan suami untuk pergi memancing di lombong depan rumahku.Suasana hening,air yang tenang,pemandangan yang indah membuat hatiku begitu lapang.Kadang-kadang aku turut mengikut jiran-jiranku memancing.Seronok sangat melihat ikan-ikan kecil seperti ikan guppy bermain-main di gigi air.

Itu bab memancing,belum lagi bab mengumpul bermacam-macam spesis ikan.Di rumahku aku penuhkan dengan balang-balang kaca,aquarium,dan kolam ikan buatan sendiri dengan bermacam-macam jenis ikan.Alangkah bahagia setiap kali melihat mereka berenang-renang ke sana ke mari.

Bab bercucuk tanam pula aku mengambil peluang dengan menanam sayur seperti bendi,terung,kacang,serai,daun kari,limau purut,daun pudina dan ulam-ulaman di depan rumahku.Kebetulan jiran sebelah rumahku bekerja sebagai pegawai pertanian jadi dialah yang banyak memberi tunjuk ajar.Bekalan baja pula memang mudah didapati,percuma pula tu...

Menyentuh tentang jiran pula,aku bersyukur kerana diberi peluang mempunyai jiran yang cukup baik dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.Kalau aku tinggalkan rumah selama seminggu pun aku tidak risau kerana ada jiran-jiranku yang akan tengok-tengokkan tanaman dan ikan-ikan peliharaanku.Petang-petang kami kerap berkumpul minum petang bersama sambil menikmati angin yang bertiup lembut..ahhh rindunya saat tu..

Bab makan menu yang paling popular ikan talapia goreng sambal.Di sana ikan ni mudah didapati dengan harga yang cukup-cukup murah.Kalau aku tidak beli pun, jiran akan beri setiap kali mereka pulang dari memancing.Salah seorang jiranku pula memang pandai memasak,dan dia selalu hantar makanan dekat rumah,yang tak boleh aku lupa lokan masak rendangnya,sedap sangat..

Kawan-kawan di tempat kerjaku pula semuanya baik-baik belaka.Semuanya beri kerjasama yang baik setiap kali ada kerja yang perlu dibereskan.Aku beruntung kerana mempunyai kawan yang banyak memberi tunjuk ajar sehingga aku berani berdiri di atas kaki sendiri.Terima kasih Dr. Wan Norsiah..

Kini aku sudah berpindah,mengikut haluan hidup..sudah dijanjikan rezeki kami sekeluarga di sini pula,aku pasrah..dan aku abadikan segala kenangan di sana,Seri Iskandar..

Kawan

Teringat satu ketika dulu seorang kawan sekolahku berikan aku satu nota kecil yang bertulis "yang bisa menjatuhkan kita biasanya kawan,yang bisa menaikkan kita biasanya lawan".Mungkin ada betulnya,sampai sekarang aku masih ingat ayat ni.

Kawan..macam-macam jenis kawan aku jumpa sepanjang hidup ni.Ada kawan baik yang amat memahami,pemikiran pun lebih kurang sama,ada kawan yang sekadar teman borak di kedai kopi,ada kawan yang cuba tikam dari belakang(kawan makan kawan),ada kawan yang suka menumpang populariti,hidup macam parasit,ada kawan yang biasa-biasa sahaja maksudnya kalau jumpa cakap tak jumpa tak cakaplah.Ada kawan yang dekat tp jauh di hati dan ada juga kawan yang jauh di mata tapi dekat di hati.

Yang pastinya dari dulu sampailah sekarang aku ada seorang sahabat yang banyak berkongsi segala suka duka dalam kehidupan ni.Walaupun dia jauh tapi kami selalu berhubung paling tidak seminggu sekali.Paling aku gembira dia akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi,setelah sekian lama mencari buah hati@mr.rightnya.Itulah satu-satu sahabat yang aku rasa begitu selesa berkawan dengannya.

Penting bagiku mempunyai seorang sahabat yang memahami kerana tidak semua perkara kita boleh kongsi dengan ibu bapa mahupun suami.Bukan mereka tidak boleh memahami tetapi ini soal menjaga hati,aku tidak mahu membuat mereka risau atau susah hati.Dan aku tak nafikan aku perlukan kawan-kawan untuk mewarnai lagi hidupku,selain dari keluarga tersayang.Bila berkawan banyak manfaat aku dapat,sebab itulah kadang-kadang hidupku rasa kosong tanpa mereka.

Apa yang aku ingin pesan di sini hati-hati dalam memilih kawan kerana di luar sana bermacam-macam jenis kawan boleh kita jumpa.Kalau boleh jauhkan diri daripada kawan yang mahu merosakkan diri kita.Cari ketenangan dalam hidup dan bertenanglah dalam memilih kawan..

Bila Usia Menghampiri 30an


Tahun baru,maknanya bertambah lagi usia,28 ke 29,bermakna dah dekat nak masuk group 30an ni..selalu dengar"usia hanyalah nombor, yang penting maintain"..nak maintain tu yang susah tu.Apapun dalam fikiran ni dah berkira-kira macamana cara yang lebih berkesan nak maintainkan kulit dan badan.

Penting ke?yup!memang penting kepada seorang wanita,apatah lagi yang sudah bergelar isteri.Buat masa sekarang aku sudah berjaya turunkan berat badan dan aku juga telah berjaya disiplinkan diri untuk sentiasa menjaga kulit wajah(sebelum ni malas sangat).Apapun,kedutan dekat muka belum timbul lagi setakat ni,syukurrr.

Cuma akhir-akhir ni aku agak stress,biasanya stress ni tak baik untuk kesihatan kan,orang kata boleh cepat tua,mungkin ada betulnya..yang aku perasan bila stress aku lebih cenderung untuk makan banyak dan malas untuk menguruskan diri sendiri.Apapun aku akan cuba kawal stress aku ni agar tidak memudaratkan diri sendiri..anda bagaimana? ;p

Kongsi Pengalaman Menurunkan Berat Badan (Buat Golongan Wanita)


Salam semua..
Masalah berat badan naik selepas melahirkan anak sudah menjadi perkara biasa kepada golongan wanita.Aku pun tidak ketinggalan menghadapi masalah ini selepas melahirkan putera sulungku,irfan.

Kesibukan menjaga anak dan urusan harian membuatkan aku malas untuk berhias,menjaga kulit mahupun bersenam.Bab makan aku tidak berkompromi langsung,aku ambil dalam kuantiti yang banyak dan makan apa sahaja yang aku rasa hendak makan.Paling aku suka makanan segera seperti ayam dan kentang goreng.Mee segera pula menjadi snek kegemaranku di masa lapang.Akhirnya badan bertambah-tambah naik,muka menjadi sembab dan berjeragat.Suami pula selalu cakap "tak kisahlah,mama gemuk pun tak ape,makan je."(tapi bila semakin gemuk dia pulak mula menegur "mama betul2 dah gemuklah")..68kg..76kg...82kg huh!

Sehinggalah satu ketika aku balik ke kampung,ramai yang terkejut dengan penampilanku,suami kepada kawan sekolahku dulu cakap"aik..dulu kecik je,gebu tapi skrg kakak kau dah mcm adik kau je",kakakku pula cakap"nampak ateh sekarang selekeh la,bdn besar,kulit hitam berjeragat,pegi mana2 asyik pakai t-shirt hitam dgn sluar track ja,laki kau selalu tengok orang cantik2 kt opis,kau tak boleh macam ni lagi." Itu belum komen rakan-rakan sekerjaku lagi(tak gitu teacher2?).Panas telinga aku mendengar.

Selepas itu,aku mula berfikir,penting untuk aku berubah,aku perlu kurus dan perlu merawat balik kulit mukaku.Aku cari produk yang sesuai untuk kulitku dan aku disiplinkan diri untuk menggunakannya selalu.Aku juga mula mencari produk untuk kuruskan badan,dan terjumpa satu produk yang hangat diperkatakan sekarang bernilai rm200.Ini bermakna dalam sebulan aku perlu belanjakan dalam rm400 untuk produk ini. Sempat beberapa kotak je,terus terang aku katakan aku tak boleh teruskan pengambilannya kerana harga tersebut agak mahal bagi aku,jadi aku  pun bertekad untuk mengamalkan diet seimbang. Bagaimanapun, kali ni aku jadi lebih bersemangat sebab berat badan turun dalam 12kg lepas makan produk tu..(memang ikut betul2 jadual Dr tuttt.. tu)

Usaha lagi..
Aku jadikan majalah2 dan internet sebagai rujukan untuk pengambilan diet seimbang.Untuk permulaan aku mengawal pengambilan karbohidratku dalam sehari.Aku cuma mengambil dua senduk nasi (dalam sehari) dan lebihkan sayuran dan protein untuk kekal berasa kenyang.Aku juga akan berhenti mengambil apa2 makanan sebelum pukul 7 malam.

Setelah dua bulan aku mengamalkannya,aku terus mengamalkan diet drastik  pulak dengan memotong jumlah pengambilan nasi dengan mengambil 1 senduk atau dua hingga empat sudu sahaja sehari dan lebihkan memakan sayur dan buah-buahan.Aku juga bersenam dan berjogging sekali-sekala.Dan apabila perut terasa penuh aku amalkan teh pelansing setiap kali selepas makan.Aku juga mengamalkan pengambilan vitamin c untuk kulit dan untuk mencegah masalah selesema yang kerap aku hadapi sebelum ini.

Kini aku sudah terbiasa dengan cara dietku,aku tidak boleh makan dengan banyak lagi,kalau terlebih aku akan rasa loya hendak muntah dan perut menjadi tidak selesa.Hasilnya berat badanku turun lebih kurang 11kg sekarang (70.5kg kepada 59kg) dgn ketinggian 165cm,aku rasa memang berbaloi.Aku perlu turunkan 3 atau 4 kg lagi untuk nampak lebih slimm.

Sekarang aku rasa lebih ringan,kembali aktif (tak malas bergerak lagi macam dulu) dan yang paling aku suka aku sudah boleh memakai seluar yang bersaiz 28 (dulu 34@35saja).Apapun aku tetap perlu disiplinkan diri walaupun terkadang sebagai manusia biasa aku tetap tunduk dengan godaan2 makanan yang sedap2 dekat Malaysia ni.

Nasihatku pada rakan-rakan kenalan yang bergelar wanita dan juga isteri,sama-samalah kita berusaha menjaga penampilan diri,sudah tentu semua suami ingin melihat isterinya cantik,walaupun mulut cakap 'tak kisahlah"..





baju yang sama...tapi saiz dah berbeza