JoiN Me HeRe..

Tuesday, May 31, 2011

Resepi Bila Hilang Selera Makan atau Tengah Diet

Mood nak makan melonjak-lonjak,tapi bila suap beberapa mulut je,mula la rasa macam tak mampu nak teruskan.Sebulan sekali pasti gejala ni akan datang,kalau tak seminggu,2 minggu jadinya.Mungkin penat kot,banyak perkara terjadi lately ni.Pergi TOT(Training of Trainers) sebelum ni,hari ke3 dah terpaksa minta izin balik dulu sebab keadaan keluarga yang tak berapa sihat.Ditambah pulak dengan adengan 'kemalangan' yang buat jantung ni tersentap seketika..

Last2 hari ni..pagi ke,tengahari ke,petang ke belasah menu yang sama je,sup sayur.Ini je yang mampu telan buat masa ni.Tulis,tulis jugak..resepi pun nak kasi ni.At least ada juga sumbangan kat blog ni kan.Lama juga tak update.Tapi bila check dekat stats,still ada pengunjung.Apapun thanks ya..Resepi ni main potong2 je,orang bujang pun boleh buat..simple sangat..dan bagi yang biasa ke dapur,tak payah tengok resepi,sambil pejam mata pun boleh buat kan..


Resepi:Sup Sayur..

1 biji Bawang besar (dimayang)
2 ulas Bawang putih (dipotong nipis)
1 tangkai cili besar (dipotong)
1 ketul Tauhu (dipotong dadu)
1 biji kentang (dipotong dadu)
beberapa biji bebola ikan
Sayur: Bunga kubis,Capsicum,Lobak Merah (dipotong nipis)
Sedikit daun sup (dipotong halus)
Sedikit suun (dipotong pendek dan direndam)
1 sudu sos tiram
1 sudu besar minyak untuk menumis
1 ketul kiub pati ikan bilis (tak payah letak garam lagi)
3 cawan air (tak cukup tambah lagi)

Cara2nya..
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga naik baunya.Masukkan air dan biarkan mendidih.Masukkan bebola ikan,tauhu,kiub pati ikan bilis,sos tiram dan suun..biarkan seketika dan kecilkan api.Kemudian baru masukkan kesemua sayur tadi.Tunggu dalam 3-5 minit terus tutup api (tak payah biarkan sayur terlampau masak).Akhir sekali taburkan hirisan daun sup dan sedia dihidang....



note: Resepi ni untuk 1-2 orang makan,kalau mahu lebih,tambahkan saja kuantiti bahan2nya ye.Boleh tambahkan seafood kalau suka.Bagi yang berdiet,boleh terus masak cara merebus,tak payah gunakan minyak.Resepi ni boleh dikatakan mengandungi keperluan diet yang mencukupi sebab ada vitamin,karbohidrat dan juga protein..jom makan..

Sunday, May 22, 2011

Pantang Larang Bila Makan Madu

Petang2 macam ni tekak rasa nak minum sesuatu.Kalau minum jus limau plus madu pun sedap ni.Tak pun minum honey lemon tea,slurrrp best2..Tapi stok madu takde la hari ni kat rumah.Cakap pasal madu ni teringat pula 2 point penting yang perlu kita ambil kisah.Info ni dapat dari satu artikel keluaran Kosmo minggu lepas.Tahu tak ada pantang bila makan madu ni,so take note ye.Selamat berhujung minggu...
  1. Jangan makan madu dalam masa empat jam anda makan ubat (tak pulak diterangkan sebabnya).
  2. Hindari mengambil madu bersama tembikai kerana tindak balas kimia yang terhasil daripada percampuran dua makanan itu boleh mendatangkan reaksi negatif pada tubuh.