JoiN Me HeRe..

Sunday, March 7, 2010

Kongsi Pengalaman Menurunkan Berat Badan (Buat Golongan Wanita)


Salam semua..
Masalah berat badan naik selepas melahirkan anak sudah menjadi perkara biasa kepada golongan wanita.Aku pun tidak ketinggalan menghadapi masalah ini selepas melahirkan putera sulungku,irfan.

Kesibukan menjaga anak dan urusan harian membuatkan aku malas untuk berhias,menjaga kulit mahupun bersenam.Bab makan aku tidak berkompromi langsung,aku ambil dalam kuantiti yang banyak dan makan apa sahaja yang aku rasa hendak makan.Paling aku suka makanan segera seperti ayam dan kentang goreng.Mee segera pula menjadi snek kegemaranku di masa lapang.Akhirnya badan bertambah-tambah naik,muka menjadi sembab dan berjeragat.Suami pula selalu cakap "tak kisahlah,mama gemuk pun tak ape,makan je."(tapi bila semakin gemuk dia pulak mula menegur "mama betul2 dah gemuklah")..68kg..76kg...82kg huh!

Sehinggalah satu ketika aku balik ke kampung,ramai yang terkejut dengan penampilanku,suami kepada kawan sekolahku dulu cakap"aik..dulu kecik je,gebu tapi skrg kakak kau dah mcm adik kau je",kakakku pula cakap"nampak ateh sekarang selekeh la,bdn besar,kulit hitam berjeragat,pegi mana2 asyik pakai t-shirt hitam dgn sluar track ja,laki kau selalu tengok orang cantik2 kt opis,kau tak boleh macam ni lagi." Itu belum komen rakan-rakan sekerjaku lagi(tak gitu teacher2?).Panas telinga aku mendengar.

Selepas itu,aku mula berfikir,penting untuk aku berubah,aku perlu kurus dan perlu merawat balik kulit mukaku.Aku cari produk yang sesuai untuk kulitku dan aku disiplinkan diri untuk menggunakannya selalu.Aku juga mula mencari produk untuk kuruskan badan,dan terjumpa satu produk yang hangat diperkatakan sekarang bernilai rm200.Ini bermakna dalam sebulan aku perlu belanjakan dalam rm400 untuk produk ini. Sempat beberapa kotak je,terus terang aku katakan aku tak boleh teruskan pengambilannya kerana harga tersebut agak mahal bagi aku,jadi aku  pun bertekad untuk mengamalkan diet seimbang. Bagaimanapun, kali ni aku jadi lebih bersemangat sebab berat badan turun dalam 12kg lepas makan produk tu..(memang ikut betul2 jadual Dr tuttt.. tu)

Usaha lagi..
Aku jadikan majalah2 dan internet sebagai rujukan untuk pengambilan diet seimbang.Untuk permulaan aku mengawal pengambilan karbohidratku dalam sehari.Aku cuma mengambil dua senduk nasi (dalam sehari) dan lebihkan sayuran dan protein untuk kekal berasa kenyang.Aku juga akan berhenti mengambil apa2 makanan sebelum pukul 7 malam.

Setelah dua bulan aku mengamalkannya,aku terus mengamalkan diet drastik  pulak dengan memotong jumlah pengambilan nasi dengan mengambil 1 senduk atau dua hingga empat sudu sahaja sehari dan lebihkan memakan sayur dan buah-buahan.Aku juga bersenam dan berjogging sekali-sekala.Dan apabila perut terasa penuh aku amalkan teh pelansing setiap kali selepas makan.Aku juga mengamalkan pengambilan vitamin c untuk kulit dan untuk mencegah masalah selesema yang kerap aku hadapi sebelum ini.

Kini aku sudah terbiasa dengan cara dietku,aku tidak boleh makan dengan banyak lagi,kalau terlebih aku akan rasa loya hendak muntah dan perut menjadi tidak selesa.Hasilnya berat badanku turun lebih kurang 11kg sekarang (70.5kg kepada 59kg) dgn ketinggian 165cm,aku rasa memang berbaloi.Aku perlu turunkan 3 atau 4 kg lagi untuk nampak lebih slimm.

Sekarang aku rasa lebih ringan,kembali aktif (tak malas bergerak lagi macam dulu) dan yang paling aku suka aku sudah boleh memakai seluar yang bersaiz 28 (dulu 34@35saja).Apapun aku tetap perlu disiplinkan diri walaupun terkadang sebagai manusia biasa aku tetap tunduk dengan godaan2 makanan yang sedap2 dekat Malaysia ni.

Nasihatku pada rakan-rakan kenalan yang bergelar wanita dan juga isteri,sama-samalah kita berusaha menjaga penampilan diri,sudah tentu semua suami ingin melihat isterinya cantik,walaupun mulut cakap 'tak kisahlah"..





baju yang sama...tapi saiz dah berbeza









No comments:

Post a Comment