JoiN Me HeRe..

Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Banana Butter Cake


 Banana Butter Cake Overcooked!

sibuk sangat sampai terlupa
kek dalam Oven tu


 Hasilnya...
kering sikit, tak gebu sangat
dan berkerak sikit kat bawah tu
ok churp..tau dah sebab apa


tapi rasanya OK je
sedap laaaa jugak

agaknya dah lama tak membaking kot
skill kena gilap balik ni
phewwww..

Thursday, June 2, 2011

Blended Butter Cake (versi kukus)


Resepi lagi..nak letak banyak2 untuk rujukan keturunan akan datang.Mixer tak ada,tertinggal kat kedai (padahal mmg tak de) so cuba buat guna blender.Lega,kek menjadi dan tetap gebu (rasa dan teksturnya tak banyak beza pun dgn kek guna mixer) Sebelum tu nak bagitahu basic resepi ni,saya ambil daripada kak fida@myresipi.com (ejaannya mmg mcm tu) cuma saya ubah suai sikit2. Jom intai resepi...

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri - diayak
  • 1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)
  • 250 g mentega - dicairkan
  • 1 1/4 cawan susu segar - dr peti sejuk
  • 1/2 cawan susu tepung (utk rasa lebih sedap)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedkit sambil kacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega.
  4. Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hingga masak (tp untuk kek kali ni i kukus je sbb ada beberapa teknikal problem).

note:kek kat atas tu dipotong waktu masih panas,tak sabar punya pasal,so tekstur dia nampak tak cantik..jadi jangan lupa tunggu sejuk dulu baru potong ye..

Tuesday, April 12, 2011

Moist Chocolate Cake...


Hari ni aku peruntukkan sikit masa untuk membikin 2 biji kek coklat lembap khas untuk students yang nak berjamuan ringan esok hari.Ikutkan hati memang malas tp aku tak nak kecewakan student2 aku tu so petang tadi operasiku pun bermula...dan inilah hasilnya.

Seronok bikin kek yang dah biasa buat ni sebab bila dah arif tentang kuantiti dan bahan2nya masa yang diambil pun sekejap je,lebih kurang 20 minit untuk mengadun dan 40 hingga 50 minit untuk membakar/mengukus (ikut suhu oven masing2)..dan yang pasti kualiti terjamin ;) ..

Buat masa ni aku ambil tempahan kecil2 je,1-3 biji kek sekali tempah tu oklah untuk makan2,banyak2 belum berani,lagipun peralatan yang ada tak mengizinkan untuk buat lebih2..tengok ni 'buy one free one' tau hahaha...