JoiN Me HeRe..

Thursday, August 25, 2011

Rezeki Ramadan..

ingat tak de..
agak2 berapa?
singgit @ 2 ringgit?
salah!!
mesti la lebih
ngeeeee..



eH eeeii
ni pun nk masuk blog?
bukan banyak pun!
Alaa..
sebenarnya bukan tu isunya
sebab terharu je
dah lama tak dapat duit raya
singgit pun suka
weeee~





Wednesday, August 24, 2011

Terima Kasih Daun Keladi..

24 Ogos 2011..bertambah lagi satu angka.Terfikir selama 10 tahun ni apa je yang saya dah buat?hal dunia dan akhirat,rasa sikitnya amalan dan sumbangan untuk kehidupan ni.Tapi tak pe,lepas ni saya akan cuba jadikan hidup saya lebih baik dari sebelumnya..God Willing..

Hadiah daripada Dia...
Bukan harga jadi ukuran,tapi keikhlasan dan tanda ingatan tu yang penting.Terima kasih,ingatkan tak de.mula2 sedih juga,tak de wish dekat facebook,buka puasa pun sorang2,tiba2 ada je.i really appreciated that..

Pada keluarga,kawan2 dan kenalan FB,terima kasih atas ucapan yang dikirim.Bagi saya semua tu cukup bermakna.Terima kasih juga kerana sudi jadi sebahagian dari hidup saya.Saya sayang semua...

Monday, August 22, 2011

Bila Aku Kembali Menulis...

Bersama rakan-rakan Media Cetak..

Tak sangka aku kembali menulis,walaupun bukan untuk media massa tapi untuk Universiti,itu sudah cukup untuk buat aku rasa apa yang aku pelajari selama 3 tahun di UiTM,Shah Alam dulu tidak sia2.

Seronok dapat ceburi bidang ni semula, bersama rakan2 yang sentiasa murah hati memberi tunjuk ajar dan sememangnya mereka tak lokek ilmu. Ditempatkan di Unit Perhubungan Awam memberikan aku seribu pengalaman yang cukup beharga.

Sedondon la pulak!

..dan minggu ni mungkin adalah minggu terakhir aku bersama rakan sejawatan,Farhan Darwis.Sebabnya dia akan berpindah ke KL bekerja dengan Media di sana. Memang agak sedih tapi aku dan rakan2 lain faham dengan kehendak dia. Tak apalah,biar dia sendiri yang tentukan hidup dia,dan diharapkan dia berjaya dengan apa yang dia buat.

Pada En. Farhan..kau tak de susah jugak aku nanti Farhan oii,sape nak bantu aku ambil gambar guna dslr?sape nak ganti aku time aku tak boleh cover news malam2?sape nak jadi mangsa usikan aku?sape..sape lepas ni?huhu...

sebahagian daripada kawan2 seperjuangan..


Menu iftar Hari ke 21

Hari ni hari minggu,Ahad..memang wajib masuk dapur,masak.Pagi2 lagi dah pergi pasar dan inilah hasilnya.Memang berbaloi kalau masak sendiri kan..

Siput Sedut masak lemak cili padi + nenas..pedas betul cili padinya.

Ayam goreng kunyit..

Hati masak rendang basah..guna hati ayam yang segar,memang best.Tapi ni bukan rendang yang biasa tu.Ni sendiri punya resepi..

Sambal tempoyak..dipadankan dengan ulam2 rebus memang terangkat.Teringat sambal belacan mak,kadang2 letak tempoyak,kadang2 letak buah bacang@kuini,lepas tu makan dengan nasi panas..sedapnya~




Tuesday, August 9, 2011

Baju Oh Baju! ..Perlu ke Alter Semua?

Hari ke 9 berpuasa..ramai yang bertanya; dah beli baju raya ke belum?Eh..kat sana ada sale, kat sini diskaun 70%, kat situ murah betul! dan macam2 lagilah.Semuanya menuntut aku untuk berfikir; isk kenapa aku masih belum buat apa2 persediaan?..Ye la, kenapa ye?Nak tunggu last minute kot..Mungkin bagi aku, raya hanyalah satu budaya,sebab tu aku tak excited sangat macam kecil2 dulu.

Ahad baru ni, aku merajinkan diri mengasingkan semua pakaian yang boleh pakai dan yang tak boleh pakai. Bukan kerana baju2 aku mengecil, tetapi kerana baju2 aku 'longgar' ok a.k.a besar. Maklumlah dulu berat aku pernah mencecah ke tahap yang agak membimbangkan, sekarang pulak berat semakin turun dan turun walaupun tak berdiet dah pun. Tapi aku suka ;)..



Belek baju2 tu ada 2 helai yang aku rasa perlu hantar kedai untuk kecilkan. Satu baju tu (biru) memang suka sangat aku pakai dulu. Yang satu lagi tu baju raya tahun lepas,tak sempat nak pakai.Kiranya stok recyclelah ni. Sekarang, bila pakai baju2 tu rasa macam adoi..besarnnya!!!so target petang ni hantar Alter ok.Isk sempat ke? ada majlis buka puasa ni sekejap lagi..



Ni baju2 yang masih boleh pakai, yang tak boleh pakai lagi banyak, satu almari huhu.Ok bab baju raya, setakat ni belum beli dan tak plan lagi nak pakai macammana. Sebabnya stok baju yang tak pakai lagi ada 2 helai, mungkin kalau beli pun yang biasa2 je dalam 2 helai juga..isk2 baju oh baju!

Friday, August 5, 2011

Menu:Ikan Kembung Masak Tempoyak,Kari Ayam dan Sayur Goreng Kacang Panjang

Hari ke 6 berpuasa..tengahari,tapi dah siap masak?Haish..tak puasa ke?sebenarnya masak awal2 sebab plan nak keluar sekejap lagi.Takut tak sempat pula nak masak bila balik nanti.



Rasa nak makan masak tempoyak.Tengok ikan,yang ada ikan kembung,masih fresh lagi.Jadi aje ni,hari tu tengok kak jee sifu kita tu masak guna ikan ni la..pada kawan2 yang minta resepi tu,ada kat bawah ok:




BAHAN2:

5 ekor ikan kembung
1½ senduk tempoyak
4-5 batang cili api (ikut suka)
sedikit kunyit hidup
tomato dan timun (dipotong wedges)
2 hiris asam keping (kalau tempoyak dah masam tak payah letak)
daun kesom
bahan perasa (gula dan garam)
air secukupnya


CARA2:

Tumbuk cili padi dan kunyit hidup,masukkan dalam periuk dan tambahkan air.Masukkan tempoyak dan asam keping.biarkan seketika,kemudian masukkan ikan,timun dan daun kesom,tunggu sehingga mendidih.Akhir sekali,masukkan tomato dan bahan perasa..jangan biar terlalu lama,agak dah sebati terus tutup api.




Kari ayam..memang wajib bila cuti hujung minggu.Tak kisah la makan dengan nasi atau roti.Ini buat stok sampai ke sahur ni ermm..



Sayur goreng kacang panjang...pelengkap hidangan untuk hari ni.ok dah siap masak!

Menu:Bendi Goreng+Asam Pedas Ikan Merah

Hari kelima berpuasa.Cerita paling dapat sambutan tentulah cerita makan.Dah sepakat dengan officemate tiap-tiap hari akan 'present' menu apa makan semalam masa buka puasa.Kira ok la kan daripada mengumpat sana sini,lebih baik cakap benda2 yang boleh menaikkan semangat hehe..


Petang ni balik je kerja terus pergi ambil gunting mahu petik bendi dekat depan rumah.Banyak juga dapat,tanam sendiri tau.



So
dalam kepala ni dah set dah nak masak apa,masak bendi goreng belacan+sos tiram ok kan!dah2..terus masak je,lepas tu masak nasi,siap!



Oleh kerana stok barang basah tak ada dekat dapur,jadi lauk lain kena pergi beli nampaknya.Bazaar Ramadhan,here i come! bendi goreng sedap makan dengan kari @ asam pedas,jadi apalagi..terus beli Asam Pedas Ikan Merah..ye ke ikan Merah?tak berapa pasti!

Itu saja lauk berbuka untuk hari ni.Sebabnya tak suka campur2,lari rasa nanti.Selamat berbuka.Enjoy your meal!