JoiN Me HeRe..

Showing posts with label Suggestion. Show all posts
Showing posts with label Suggestion. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Di mana nilai Halal??

Memang tak baik bagi seorang penulis gunakan emosi marah (tahap maksimum) ketika menulis tapi untuk isu halal haram ni,memang aku marah!Geram!..rasa mahu bakar je individu/pihak yang terlibat tu.Semua modus operandi tu bertujuan untuk mengelirukan umat islam.Suka bebenor memperkotak-katikkan isu halal haram ni..Walaupun mungkin bukan berlaku di negara kita,tapi itu juga merupakan satu penghinaan kepada umat islam..

Dah semua halal,jadi dimana haramnya?Entah berapa banyak makanan yang berlabel 'Halal' (tapi sebenarnya haram) kita telan?anak2 kecil kita makan dan terus makan apa yang kita bagi.Huh!takut bila keluar kenyataan produk yang kita guna/makan selama ni rupanya haram,ada kod E(...) segala,ada itu ini yang pastinya memang haram disisi agama.Nak menunding jari 100% salahkan pihak berwajib (yg pantau halal haram) pun tak boleh juga,nak ludahkan mereka2 yang mengeksploitasi pekara ni mungkin boleh kot!geram punya pasal!tapi takkan habis setakat tu saja?apapun,kita sendiri kena berwaspada,jauhkan diri jauhkan hati..jika timbul keraguan tak payah makan@guna.Selebihnya kita serahkan pada yang Kuasa..(masih dalam mood gerammmmm!!)

Wednesday, January 5, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa ;) ..

Bila ada kelapangan sempat juga aku menjenguk blog kawan2.Baca setiap luahan dan pandangan mereka tentang sesuatu topik,dan semua itu telah membuat aku tersenyum sendiri dan kekadang boleh juga mengundang rasa sedih huhu..

Ok,bukan topik apa yang mereka tulis tu yang nak aku bincangkan di sini tp dari segi penggunaan bahasa dan cara penulisan.Memang bukan menjadi kesalahan besar (sebab itu hak masing2) tp kadang-kadang aku rasa tidak wajar mereka menggunakan kata2 kesat,maki hamun utk menunjukkan rasa tidak puas hati,dan sindir menyindir pada sesuatu pihak tanpa sebarang tapisan.Lagi satu corak penulisan menggunakan ejaan yg begitu 'canggih' sampai aku sendiri sebagai pembaca terkebil-kebil mengeja perkataan yang ditulis,guna kata singkatan yang keterlaluan dan mcm2 lg memang tak patut!huhu.kreatif sungguh!Ok aku bagi contoh cara ejaan yg dimaksudkan di sini ya..
aku-aq
itu-itew
hokeyh
jew
mornink dan mcm2 lagi..

Bukan apa,pembaca blog kita tu bermacam-macam golongan dan latarbelakang,ada yang boleh terima dan ada yang tak,jadi apa kata kita kurangkan sikit corak2 penulisan macam tu.'SKEMA'??tak apalah guna perkataan dan ayat skema pun sebab ini juga salah satu cara nak bagi semua golongan pembaca faham dan pada masa yang sama kita juga dapat menjaga tatasusila bahasa dan budaya kita.Sebab kalau bukan kita siapa lagi kan???Kalau boleh elakkanlah sebarang kata2 kesat tu,kalau tak puas hati dengan sesuatu pihak pun biarlah guna bahasa yang berlapik tetapi penuh maksud..Apapun terpulanglah pada diri masing2 sebab ini hanya pendapat,terima atau tak,tepuk dada tanya selera..ok (^_^)

Thursday, March 11, 2010

Anda 'Berpolitik' di Office?


Situasi 1
Anda buat kerja dengan ikhlas dan jujur,niat untuk mendapat rezeki yang halal,tidak mengambil kesempatan,tidak curi tulang,sentiasa menjaga nama baik kompeni dan semua staff,tidak mahu terlibat dalam sebarang penyelewengan@salah laku,serta menyelesaikan kerja dengan sebaik mungkin.

Situasi 2
Anda suka melakukan kerja ala kadar sahaja,buat kerja hanya untuk menunjuk-nunjuk,banyak buang masa,banyak mengampu bos,suka menjatuhkan orang lain demi untuk kepentingan diri sendiri(berharap dapat naik pangkat dengan cara itu),kerja sendiri suruh orang lain yang buat tetapi mengaku hasil kerja sendiri,iri hati dengan kejayaan staff lain,suka menghasut dan menfitnah,sukakan kontroversi dan tidak amanah.

Jadi dimanakah anda?Tanya diri sendiri bagaimana corak 'politik' anda.Halalkah rezeki yang anda terima atau hanya makan gaji buta?Bagi yang mahu berfikir,anda sendiri punya jawapannya..