JoiN Me HeRe..

Tuesday, May 3, 2011

Di mana nilai Halal??

Memang tak baik bagi seorang penulis gunakan emosi marah (tahap maksimum) ketika menulis tapi untuk isu halal haram ni,memang aku marah!Geram!..rasa mahu bakar je individu/pihak yang terlibat tu.Semua modus operandi tu bertujuan untuk mengelirukan umat islam.Suka bebenor memperkotak-katikkan isu halal haram ni..Walaupun mungkin bukan berlaku di negara kita,tapi itu juga merupakan satu penghinaan kepada umat islam..

Dah semua halal,jadi dimana haramnya?Entah berapa banyak makanan yang berlabel 'Halal' (tapi sebenarnya haram) kita telan?anak2 kecil kita makan dan terus makan apa yang kita bagi.Huh!takut bila keluar kenyataan produk yang kita guna/makan selama ni rupanya haram,ada kod E(...) segala,ada itu ini yang pastinya memang haram disisi agama.Nak menunding jari 100% salahkan pihak berwajib (yg pantau halal haram) pun tak boleh juga,nak ludahkan mereka2 yang mengeksploitasi pekara ni mungkin boleh kot!geram punya pasal!tapi takkan habis setakat tu saja?apapun,kita sendiri kena berwaspada,jauhkan diri jauhkan hati..jika timbul keraguan tak payah makan@guna.Selebihnya kita serahkan pada yang Kuasa..(masih dalam mood gerammmmm!!)

No comments:

Post a Comment