JoiN Me HeRe..

Sunday, May 15, 2011

Kali Pertama Baby Makan...

Hari ni saya mahu kongsi saat pertama bagi baby makan,seronok juga tengok gelagat baby ilman,waktu ni lagi seminggu ilman genap 6 bulan (sebetulnya,6 bulan ke atas baru bayi bersedia untuk makan).ok first step mesti kena buat bubur dulu.Masukkan 2 sudu beras ke dalam periuk,cuci..tambahkan 3 cawan air,buka api dan biar sampai mendidih,lepas tu potong isi ikan (ikan kembong),ikan bilis sedikit,sayur (kacang panjang) dan akhir sekali masukkan minyak masak 1 sudu kecil dalam rebusan.reneh lagi dengan api kecil.Sentiasa pastikan air melebihi bahan ramuan...

Dah masak,cedokkan air rebusan yang bertakung di bahagian atas tu,masukkan ke dalam mangkuk kecil dan biarkan sejuk.bubur yang tingal tu tak payah buang sebab nanti petang boleh tambahkan air panas dan renehkan semula untuk baby.

Dah sejuk,jom siap-siap untuk bagi baby makan,jangan lupa sediakan air masak yang ditapis untuk suapkan berselang seli dengan air rebusan tu.

Reaksi pertama,ilman agak terkejut tapi setelah disuapkan beberapa sudu,akhirnya dia dapat terima rasa air rebusan tu dengan penuh keterujaan.Asyik tak sabar tunggu sudu singgah dekat mulut dia,mummy rasa happy sangat2 saat tu ;) ...Ini antara cadangan yang diberikan oleh cik misi minggu lepas sebab katanya jangan bagi bubur terus kat baby,bagi dulu air rebusan bubur,dalam 3-4 minggu bila tengok dia dah biasa,pembuangan dia pun ok baru bagi bubur atau bijirin pula..ok itu aje,selamat berkongsi pengalaman...


note: Ramuan bubur diatas mempunyai zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh bayi,namun begitu terpulang kepada anda semua nak letak sayur atau ikan apa,ok.1 lagi jumlah hidangan untuk bayi yang baru belajar nak makan ni,bagi 5 sudu sahaja ye,2 kali sehari..

No comments:

Post a Comment