JoiN Me HeRe..

Tuesday, April 6, 2010

Trauma Masih Ada

Malam tadi jalan Batu Pahat menghala ke Parit Raja sesak disebabkan kemalangan maut yang melibatkan tiga biji kereta,nauzubillah...

Setiap kali melihat insiden sebegini aku secara automatik terkenangkan peristiwa kemalangan lebih setahun yang lepas.Kemalangan tersebut menyebabkan pelbagai masalah dan konflik timbul satu persatu dalam hidupku dan keluarga.Konflik dengan pihak yang bersalah,pihak insurans,dengan kawan yang sanggup makan kawan dan bermacam-macam lagi.Setahun lebih jugalah keretaku tersadai di bengkel..

Dan setahun lebih juga kami sekeluarga menanggung pelbagai dugaan.Syukur kini semuanya telah selesai,berkat pertolongan keluarga yang sentiasa memberi sokongan.

Tetapi apa yang pasti kemalangan tersebut meninggalkan kesan yang agak mendalam dalam diriku.Aku seolah-olah takut untuk memandu semula setiap kali memegang stereng.Tapi apakan daya aku tiada pilihan.Setiap kali aku terserempak dengan kemalangan aku terus terbayangkan bahawa mangsa tersebut adalah aku.Dan saat itu membuatkan aku nekad tidak mahu memandu lagi.Tak mahu..

Tetapi kehidupan sekarang menuntut aku untuk melawan trauma yang ada.Aku terpaksa..Semoga masa dapat mengubah segalanya.Dan aku berdoa pada Allah agar peristiwa tersebut tidak berulang lagi.Kerana peritnya masih terasa...

No comments:

Post a Comment