JoiN Me HeRe..

Showing posts with label My stories. Show all posts
Showing posts with label My stories. Show all posts

Friday, July 6, 2012

terapi dan berapi.. @ home sweet home

 cantik tak?
terapi minda ni
mimi dengan joey

 ikan2 kecik ni buat makanan..eh silap
buat kawan mimi ngan joey

tang Ipin Upin,Ben10 tu abaikan saja k
memang ada je yang curi2 campak mainan masuk dalam

 dan lagi...

tapi ni apa kes??
entah kucing mana bawak anak2 dia
dok dalam almari baju
patut la keluar masuk je
rupanya ada anak di sebalik almari

minta maaf k,ni bukan terapi lagi
pening kepala halau ibu kucing tu tadi
anak2 dia minta tolong jiran angkatkan
geli..tak berani

bukan kejam tapi tak sanggup
puas gaduh dengan ibu kucing tu
akhirnya kami runding damai
buat satu kata sepakat 
boleh lepak kat rumah ni
tapi kat luar
dalam kotak
huh!

Monday, December 12, 2011

Klon Pak Lah??

???

ada iras2 Pak Lah tak?
ada tau....
especially
bila bagi angle tepi


asyik borak je
sampai lupa nak tanya nama

Yang pasti..
bukan Pak Lah ye
saudara seislam Pak Lah Je..
ahahaa

Thursday, December 8, 2011

Cincin Saya..huhuhu

kata iklan dekat TV
"Gunalah hand sanitizer walau di mana saja anda berada"
(nada tu ala2 macam iklan ye)

kata diri sendiri
"ok boleh"

Jadi dengan rajinnya
orang sapu2 je kat tangan
lagi dan lagi...
biasa bila nak sapu mesti tanggal cincin dulu


Tapi semalam nak jadikan cerita
masa sapu2 tu..
orang letak cincin dekat tepi handbag
lepas tu terus bangun
tinggalkan dewan
masuk kereta
terus balik rumah

sesampai je
oh Tuhan
Cincinku

uwaaaaa..
SELAMAT TINGGAL CINCIN!!

P/S
makcik cleaner..kalau jumpa jangan lupa kasi balik ye.
~huhuhu~


Monday, October 31, 2011

Asignment + Makan = Suka Sangat

Dapat arahan kena buat asignment dekat bangi. Buat story pasal kisah satu keluarga ni, so pagi-pagi lagi dah bertolak dengan officemate..


Sampai je sana kami disambut mesra oleh keluarga pakcik Jahidin. Lepas tu dihidangkan pula dengan kek lapis yang sangat2 marvelous, memang lain sangat dari yang saya pernah rasa sebelum ni.Ni kawan tuan rumah yang bikin, tak de letak Golden Churn ok.

Lepas tu ada lagi, dodol ni dari Thailand, sedap banget dan yang penting halal,of course halal..


Lepas habis je interview, tuan rumah beriya-iya ajak makan nasi beriani dekat JM (oppss terpromote pulak), memang popular dekat bangi ni. So orang berbudi, kita berbahasa. Malu tapi mahu. NAK..NAK..


Ni lah rupa berianinya, walaupun harganya boleh tahan mahal jugak, rm15.80 sepinggan, ok la..sebab memang sedap.lagipun orang belanja kan hehe..


Sekejap je, licin..ish..ish gelojoh ye..



Ni lah keluarga Pakcik Jahidin yang cukup baik hati tu, ramah orangnya..

"terima kasih ye pakcik,"
kata kami sambil senyum sampai ke telinga, kenyang..

Wednesday, October 19, 2011

Rasa Negatif Yang Wujud Ketika Facebook di Log in

aku tak suka rasa ni
tapi dah namanya lumrah kejadian
dikurniakan dengan pelbagai rasa
So nak buat macamana..
apapun, rasa ni masih dalam kawalan

Tahu rasa apa?!
Rasa BENCI dan MENYAMPAH!
Eiii.. aku bukan suka sangat dengan rasa ni
Sesekali je datang
apapun, aku dah sorokkan jauh di sudut hati
tak nak dilayan sangat rasa ni
Sebabnya nanti aku yang SESAK!

Alkisahnya.............................

SATU!..aku menyampah dengan someone tu
sebab kononnya nak tunjukkan 'sesuatu' dengan aku
padahal kalau dia tahu cerita di sebalik semua tu
Mesti dia malu sendiri
dan makan hati nanti
So..jangan confident sangat ok

kata aku "sebenarnya aku rasa kau takut dengan bayang2 kau sendiri"

DUA!..ada sorang kenalan aku dulu
memang kuat menipu
add aku dekat FB..ermm..
nampak macam berimej bersih
syukurrrr..mungkin dia dah berubah
rupa-rupanya...sama je!
malah cuba nak pancing2 hidup aku
Tiba2 teringat pesanan penaja
Do not Argue with An Idiot!..
so tidaklah aku pedulikan sangat
marah gamaknya dia
last2 dia sendiri yang remove aku dari fb dia

settled satu masalah...

TIGA! Ada dua tiga kawan ni
yang aku sendiri pun..
belum habis fikir apa yang mereka nak
post macam2 dekat inbox
dengan ayat yang tak tentu arah
kononnya nak tunjukkan keRomeokan mereka
Hey..aku dah 30 tahun
dah kahwin
anak dua
tak ada harta..
tak berpangkat
tak ada duit
sooooo...
apa yang kamu semua nak?!


Note: Rasa ni terhasil buat masa ni je..mungkin sikit hari lagi, rasa ni akan hilang sendiri....peace~

Friday, September 30, 2011

Nasi Ambeng Sedulang..


Kali pertama makan Nasi Ambeng dalam dulang kongsi dengan kawan-kawan.Makan-makan ni memang ada tiap2 minggu dekat pejabat, lepas habis mengaji dan dengar tazkirah jumaat.Cuma minggu ni special sikit.



Banyak kan?Masakan orang Jawa,memang popular dekat Johor ni.Ada Nasi putih,serunding kelapa,ayam masak kicap,mi goreng,ikan kering,sambal goreng,memang sedap..



Setelah 5 orang makan.Ni dah nak habis. Heavennya menikmati nasi ni..slow2


Tinggal sisa.. Aci tak? Aci kan?!
Tak nak membazir laa katakan..
(alasan orang yang memang makan banyak)
hehe apapun.. syukur
dan terima kasih pada yang memberi.

Sunday, September 4, 2011

Tragedi Kereta Masuk Sawah..

Seronok dapat beraya bersama keluarga tahun ni dekat Kedah.Cuti seminggu dihabiskan sepenuhnya kat kampung.Beraya kat rumah sendiri ni relax sikit,tak payah tunjuk rajin,semuanya dah tersedia sebabnya mak dan kakak tersayang dah siap masak.


Ni tuan tanah nak mulakan cerita (nak jugak letak picture sendiri hehe).Masa ni tuan tanah dah tanggalkan sebahagian make up tebalnya sebab tak tahan panas,berpeluh-peluh dengan insiden yang berlaku.


Raya Ke-2:Kakak ajak pergi Pendang rumah kenalan rapat kami sekeluarga,so apalagi memang teruja sangat sebab kami masing2 jarang dapat tengok sawah padi.Dah terbayang dah sawah padi yang terbentang luas tu,dengan angin sepoi2 bahasa..eeii sukanya.Padi masih muda time ni..hijau2 lagi Nyah..


Alkesahnya,sedang rancak berbual kat dalam kereta tu (sambil sibuk betul2kan bulu mata pelesu,make up,tudung dan segala bagai)..tiba2 si driver terasa kereta yang dibawanya tak berjalan lagi walaupun dah tekan minyak kuat2.Aik?! apasal? Astagaaaa..macamana boleh masuk sawah ni adoiiii..padahal lagi beberapa meter nak sampai rumah mak long tu.



Laaa..dah terglamer kat situ pulak.Maka ramailah orang take part masa berlakunya peristiwa ni.Baiknya, ramai yang bantu kami semua,tolong carikan lori lagi untuk tarik kereta tu (dah la guna kereta ayah huhu,sori ye ayah,peace~).



Tarik tak boleh,reverse pun tak boleh jugak..last2 guna tali tarik dengan lori huhuhu..Dapat naik ke jalan akhirnya,tapi hati berdebar-debar takut kereta ayah calar @ kemek.Raya kan,mana sempat nak betulkan,lagipun bengkel mana yang bukak?Adoiiii...suspennya,terbayang muka ayah bila dapat tahu nanti uiiii..takut Nyah..Bila kereta dah dapat naik,cepat2 la check,fuh lega..cuma selut lumpur je,tapi tak puas hati lagi ni,kemek2 dan calar belum boleh dapat kesan sepenuhnya ni.Lepas tu apalagi bermula episod cari car wash,nak cuci bersih2 sebelum balik.



Pusing punya pusing,last2 jumpa juga car wash yang bukak.Apalagi suruh 'dia' cuci bersih2 sampai berkilat.



Check
sekali lagi..mujur tak ada yang kemek @ calar.Moga2 ayah tak dapat hidu apa yang berlaku.Baik punya cover hehe..



Ni lah muka driver yang rasa tak bersalah langsung tu. Sibuk lagi nak bergambar segala.Request macam2 pose,geram tau!(padahal yang duduk sebelah tu pun melampau,sibuk sangat nak belek2 bulu mata pelesu orang punya!ngada Nyah..)


Monday, August 22, 2011

Bila Aku Kembali Menulis...

Bersama rakan-rakan Media Cetak..

Tak sangka aku kembali menulis,walaupun bukan untuk media massa tapi untuk Universiti,itu sudah cukup untuk buat aku rasa apa yang aku pelajari selama 3 tahun di UiTM,Shah Alam dulu tidak sia2.

Seronok dapat ceburi bidang ni semula, bersama rakan2 yang sentiasa murah hati memberi tunjuk ajar dan sememangnya mereka tak lokek ilmu. Ditempatkan di Unit Perhubungan Awam memberikan aku seribu pengalaman yang cukup beharga.

Sedondon la pulak!

..dan minggu ni mungkin adalah minggu terakhir aku bersama rakan sejawatan,Farhan Darwis.Sebabnya dia akan berpindah ke KL bekerja dengan Media di sana. Memang agak sedih tapi aku dan rakan2 lain faham dengan kehendak dia. Tak apalah,biar dia sendiri yang tentukan hidup dia,dan diharapkan dia berjaya dengan apa yang dia buat.

Pada En. Farhan..kau tak de susah jugak aku nanti Farhan oii,sape nak bantu aku ambil gambar guna dslr?sape nak ganti aku time aku tak boleh cover news malam2?sape nak jadi mangsa usikan aku?sape..sape lepas ni?huhu...

sebahagian daripada kawan2 seperjuangan..


Wednesday, April 20, 2011

Cerita Malam Khamis...

Dapat panggilan daripada kawan,nak datang rumah lepas waktu kerja nanti,kebetulan aku dan suami memang ada kat rumah,jadi kami pun bercadang mahu masak makanan ringkas sebagai kudapan waktu borak2 nanti.Maklumlah walaupun dekat,tapi kami dah lama tak bersua muka,masing2 sibuk.Sedang berbual-bual tu mataku terpandang pulak sayur kucai yang aku tanam depan rumah,jadi aku terfikir kalau buat jemput-jemput mesti sedap...

Ok set!jadi buat jemput2.Langkah pertama potong dan cuci sayur..sambil2 tu berkata-kata dalam hati bestnya kalau aku dan keluarga dapat makan sayur organik macam ni selalu,bebas racun dan guna baja organik pulak tu.rasa bangga pulak dapat makan hasil tanaman sendiri hik3...

Langkah seterusnya aku bancuh tepung dengan mencampurkan beberapa bahan lain seperti bawang besar,cili,ikan bilis,telur,sedikit serbuk penaik,dan bahan2 perasa (nak jugak letak resepi hik2)..dah siap bancuh,jom kita goreng..



Bermulalah aktiviti goreng menggoreng..bila dah siap,suami cadangkan jemput2 ni dipadankan dengan kopi kampung yang kami beli dekat Kedah baru2 ni.Ermm..menarik jugak tu,tambah pulak jemput2 ni dicicah dengan sambal hitam,memang terangkat.Orang johor memang suka sambal hitam ni..nak resepi?

Tetiba...Kawan telefon! dia dan suaminya tak dapat datang sebab kena ambil maknya yang baru keluar dari hospital.Dia minta maaf dengan nada kesal sambil bergurau kecewa tidak dapat makan jemput2 tu.Nak buat macammana dah tak ada rezeki lagipun semua tu kan di luar kawalan kita.

Jadi moral of the story..buat apapun mesti kena ikhlas,sebab dengan keikhlasan benda berat pun kita tak akan rasa beban.Tak apalah penatpun..dan walau jemput2 ni banyak,jiran sebelah kan ada so boleh bagi mereka separuh...(Ooo rezeki jiran rupanya..)









Friday, April 15, 2011

Masak Memasak..



Setiap hari masa yang berlalu rasa terlampau pantas.Jam berdetik tak pernah berhenti,meninggalkan hari semalam sebagai sejarah,hari esok sebagai masa depan.Kadang-kadang sibuk,kadang-kadang macam tak ada apa nak buat sangat.Yang pastinya aku tak suka membiarkan diri tidak melakukan apa2,mesti kena buat sesuatu yang aku suka.

dan sebagaimana tajuk di atas,memang masak memasaklah hobi masa lapangku.Suka masak,suka makan dan suka tengok orang makan hasil air tangan sendiri.Sebenarnya aku tak pandai masak tapi kerana minat aku sentiasa mendapatkan resepi2 yang ada,belajar dari orang berpengalaman dan mencipta sendiri resepi baru.Memang rasa puas bila dapat buat apa yang kita suka ni.dan teramatlah bahagia bila tengok orang-orang tersayang begitu asyik makan masakan kita.Satu perasaan yang sukar nak dijelaskan.Secara tak langsung,rasa inilah yang buat fikiran jadi tenang seketika..

Di usia 11 tahun lagi aku sudah ke dapur memasak untuk keluarga.Ingat lagi masa umurku mencecah 14 tahun aku sudah mengambil alih sepenuhnya tempat kakak keduaku menguruskan rumah seperti memasak,membasuh baju,mengemas rumah dan menjaga adik.Sebab kakak,emak dan ayah keluar bekerja masa tu,jadi kerja2 rumah nak harapkan siapa lagi kan?Yang pastinya hobi ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk,sekadar untuk berkongsi antara satu sama lain..


Thursday, April 14, 2011

I'm addicted to chocolate??...oh no!

Betul ke?mungkin..entahlah,kalau 2,3 hari tak dapat makan 1 bar coklat memang rasa lain macam.Asal duduk sesaja je teringat coklat,asal fikiran bercelaru je ingat coklat,asal rasa lapar je tekak ni minta2 je coklat.

Singgah isi minyak dekat petrol station,beli coklat.nk beli barang dapur terbeli coklat juga..dan semestinya dalam handbag pun akan ada,kalo tak besarpun,yang saiz kecil tetap diselitkan juga.hai..berapa banyak coklat daa kamoo mau makan..??

Sebenarnya ada baik buruknya makan coklat ni.Kebaikannya ia dapat merangsang otak merembeskan harmon yang boleh buat kita ceria,jadi sesiapa yang 'bad mood' tu eloklah makan coklat.Tetapi harus diingat setiap makanan jika diambil secara berlebihan pasti ada kesan buruknya.

Macam tu juga dengan coklat,kebanyakkan jenama coklat yang ada di pasaran sekarang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ini sudah tentu amat membahayakan kesihatan jika diambil secara berlebihan (eh..tahu pun!!abis tu?..)Jadi kalau nak makan lebih apa kata beli yang jenis 'dark'(rasanya pahit2 sikit) @ coklat diet 'energy bar' khas untuk orang yang mahu berdiet..kandungan gulanya tetap ada tetapi kurang daripada coklat biasa (seru untuk diri sendiri juga ni)...Apapun,coklat tetap menjadi pojaan hatiku dulu,kini dan selamanya...

Wednesday, April 13, 2011

Mahu Bershopping 'Terapi'...



Setuju sangat dengan tulisan penulis 'cupcakekasih:kisah kau dan aku' tentang selera sesetengah wanita yang sentiasa rasa tak cukup berbelanja untuk bergaya.Aku pun terkadang macam tu juga,kena sentiasa ada orang tolong menegur.Tapi aku tidaklah se'ekstrem' golongan seperti yg dimaksudkan,berbelanja ikut kemampuan saja.

..dan tetiba pula hari ni terasa mcm mahu dapatkan sesuatu yang dapat buat hati ni berbunga-bunga sekejap.ni yang dikatakan nak bershopping 'terapi' ni..Tengok petang ni macammana,ikut mood juga ni.Tapi tak pasti apa yang nak dibeli..handbag?jam?aksesori?..@kasut?Dah lama rasanya tak beli sesuatu untuk hadiah pada diri sendiri (walaupun sebenarnya tiap2 bulan mesti akan dapatkan sesuatu juga)Kadang-kadang tengok poket dulu,kalau ada lebih tu bolehlah, maklumlah perbelanjaan untuk keperluan lain perlu diutamakan..

Bilalah nak rasa cukup dengan apa yang ada?Kadang2 tengok baju-baju yang ada macam dah banyak tapi masih rasa tak cukup,masih rasa tak ada baju nak pakai untuk pergi ke satu-satu tempat dan masih rasa asyik pakai baju yang sama juga.Lagi satu bab beli tudung.asal keluar patern baru je mula check poket nak beli,sampai bersangkut-sangkut,berlipat-lipat kat dalam almari tu tapi pakainya cuma 4-5 helai je.Agak2nya kena pergi dapatkan kaunseling tak?...ermmm???..dan dalam diam,aku telah mengintai sesuatu ahaahaaa...yang dalam gambar tu,cantik tak??

Wednesday, December 15, 2010

Anak-Anakku Sayang..


Ilman Zafri..Dilahirkan pada 29 nov 2010,pukul 4.29am dgn berat 2.9kg.Aku dan keluarga amat bersyukur dengan anugerah tuhan ni.Perjuangan sewaktu melahirkannya juga dipermudahkan,hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja.

Mungkin baby kesian dekat mama kot..kan ilman.Alhamdulillah..abangnya irfan pun sudah dapat terima kehadiran adiknya sekarang (walaupun kdg2 ada juga cemburunya).Katanya dia nak jaga adik nanti,nak main basikal sama2,nak pergi sekolah pun sama2..

Monday, November 22, 2010

Detik demi Detik Ku Hitung..


Saat ini aku sedang sarat menanti kelahiran orang baru dlm hidupku.dh 9 bulan,hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum due,entah2 esok lusa.Setiap kali melihat diri di cermin aku semakin perasan setiap perubahan yang berlaku.Dekat2 dengan due ni mukaku juga seakan-akan berubah sedikit,nk buat macamana,pembawakan...

Banyak perubahan fizikal yang terpaksa aku hadapi contohnya dengan perut yang besar,kaki yang tidak sekuat dulu,kdg2 mengganggu pergerakkan,mata yang cepat sembab kerana jadual tidur yang tak menentu,kdg2 tidur lebih,kdg2 kurang.Kdg2 aku akan sesak nafas atau semput secara tiba2.Itu belum bab sakit belakang,tulang punggung,kebas kaki,paha..fuh susah rasa nk berjalan.tp aku tetap syukur kerana kali ni aku tak mengalami alahan kulit mahupun bengkak2 badan..

Cuma aku ada masalah diebetes pula kali ni,mujur bukan di peringkat teruk.Aku kena mengawal pengambilan makanan setiap hari,tapi sejak akhir2 ni nafsu makan semakin menjadi2,aku cenderung mahu mengambil makanan yang manis2 belaka.Mujur berat badanku naik perlahan,tidak terlalu drastik macam dulu masa mengandungkan anak pertama.

Sebelum ni aku memang aktif,suka buat apa yang aku suka,ke sana ke mari,bersenam dan berjogging,tp dengan situasi sekarang aku hanya mampu melihat.mujurlah akhir2 ni suami mahupun anak sulungku semakin mengerti tentang situasiku,aku dh jarang buat kerja rumah yang berat2,masak pun yang simple2 saja,kdg2 suami yang akan tolong buatkan.Baru aku rasa betapa sayangnya aku pada keluarga ni,betapa pentingnya mereka padaku..apapun family first,dan sekarang aku tak nak fikir lagi benda lain sbb bagi aku keluarga adalah segala-galanya.

Akhir2 ni aku sentiasa berdoa agar dipermudahkan semasa melalui proses bersalin nanti.Sokongan suami dan keluarga amat aku perlukan kerana itulah sumber kekuatanku.Semoga kedua-duanya selamat nanti..amin.

Saturday, August 14, 2010

Kemaafan Adalah Dendam Yang Terindah

Waktu aku mengalami konflik yang agak dasyat baru-baru ni aku terbaca satu ayat yang telah membuatkan aku berfikir sejenak.. 'KEMAAFAN ADALAH DENDAM YANG TERINDAH'.

Tertanya aku..senangkah memberi kemaafan?Setakat mana kata-kata maaf itu?Adakah hanya dari bibir,tidak dari hati sepenuhnya?Benarkah kemaafan itu boleh menamatkan segala sengsara di hati?Jika keluar dari hati sepenuhnya,mampukah ia membantu aku dalam mencari ketenangan?

Seseorang ada berpesan "always think positive to the people around us"..sebab itu adalah cara terbaik untuk menenangkan hati kita.Kini aku sedang mencuba,kerana bila difikirkan balik memang betul bila kita bersihkan hati,tidak berprasangka pada orang lain hati akan terasa lebih lapang.Biar apapun tanggapan mereka,biar seteruk manapun mereka melukakan hati aku,aku akan cuba untuk melupakan dan memaafkan mereka.Manusia mana yang tak pernah melakukan kesilapan kan?jadi maafkan sajalah selagi mampu...

Tuesday, April 6, 2010

Trauma Masih Ada

Malam tadi jalan Batu Pahat menghala ke Parit Raja sesak disebabkan kemalangan maut yang melibatkan tiga biji kereta,nauzubillah...

Setiap kali melihat insiden sebegini aku secara automatik terkenangkan peristiwa kemalangan lebih setahun yang lepas.Kemalangan tersebut menyebabkan pelbagai masalah dan konflik timbul satu persatu dalam hidupku dan keluarga.Konflik dengan pihak yang bersalah,pihak insurans,dengan kawan yang sanggup makan kawan dan bermacam-macam lagi.Setahun lebih jugalah keretaku tersadai di bengkel..

Dan setahun lebih juga kami sekeluarga menanggung pelbagai dugaan.Syukur kini semuanya telah selesai,berkat pertolongan keluarga yang sentiasa memberi sokongan.

Tetapi apa yang pasti kemalangan tersebut meninggalkan kesan yang agak mendalam dalam diriku.Aku seolah-olah takut untuk memandu semula setiap kali memegang stereng.Tapi apakan daya aku tiada pilihan.Setiap kali aku terserempak dengan kemalangan aku terus terbayangkan bahawa mangsa tersebut adalah aku.Dan saat itu membuatkan aku nekad tidak mahu memandu lagi.Tak mahu..

Tetapi kehidupan sekarang menuntut aku untuk melawan trauma yang ada.Aku terpaksa..Semoga masa dapat mengubah segalanya.Dan aku berdoa pada Allah agar peristiwa tersebut tidak berulang lagi.Kerana peritnya masih terasa...

Thursday, March 11, 2010

Fikir-fikir..


Aku selalu ingatkan diri aku,'fikir dulu sebelum buat,bila dah buat jangan fikir-fikir lagi'.Maklumlah dalam kehidupan ni kadang-kadang kita dibelenggu kesukaran dalam membuat percaturan.Bila nasi sudah jadi bubur kita dah tak boleh buat apa-apa lagi.Jadi sebelum atur langkah,pastikan dulu hala tuju.

Sunday, March 7, 2010

Tanah Perkuburan


Dari dulu sampai sekarang masyarakat kita telah dipengaruhi dgn filem2 @ drama yang menunjukkan bahawa tanah perkuburan merupakan satu tempat yang agak 'keras'.Bagi yang mahu berfikir,mari kita fikir sejenak adakah kawasan ini patut dianggap sebegini selamanya?memang tidak dapat dinafikan kewujudan makhluk2 dan alam ghaib di tempat2 sebegitu,tetapi mari kita sama2 ubah tanggapan kita selama ini terhadap tanah perkuburan.

Dulu sewaktu kecil aku sering menonton filem yang menggambarkan tanah perkuburan itu memang berhantu.Dan aku tidak nafikan setiap kali melalui tempat2 tersebut berseorangan aku menjadi gerun sekali.Rasa mahu terbang selaju-lajunya untuk melepasi kawasan tersebut.

Masa telah berlalu,tanggapanku terhadap tanah perkuburan juga telah berubah.Semuanya bermula semasa aku mula menyewa rumah (rumah sekarang) yang ada kubur di belakangnya.Jarak dari pintu belakang rumahku lebih kurang 3 meter sahaja,memang dekat.Dan bertentangan pintu belakang rumahku itu ada satu pohon yang cukup tinggi dan besar.Orang cakap kalau ada pokok besar lagi keras tempat tu.

Paling aku rasa kelakar bila kawan2 datang,mereka kaget seketika melihat pemandangan di belakang rumahku,saja aku tidak beritahu awal2,seronok melihat reaksi mereka.Sebenarnya tempat sebegitu tidak ada apa yang perlu ditakutkan,malah aku rasa bertuah kerana hari2 sewaktu aku buka sahaja tingkap aku dapat memberi salam kepada roh2 si mati.Tempat ini juga kadang2 boleh menginsafkan kita,ye lah sebagai manusia aku juga sering lalai dan mudah terpedaya dengan hasutan dunia.

Bila sudah hari-hari melihat pemandangan tanah perkuburan tersebut, aku pun sudah terbiasa dengan kawasan ni.Malah anakku juga sering meninjau-ninjau sewaktu kami menyusur ke kawasan tersebut untuk ke kedai makan berhampiran.Sayu rasa hati..

Berbalik dengan tanggapan 'keras' itu tadi,setakat ini tanah kubur tersebut belum mendatangkan apa-apa masalah pada aku sekeluarga,yang penting banyakkan berdoa agar dijauhkan sebarang gangguan.Emak aku ada nasihatkan aku dulu sewaktu aku agak was-was menyewa rumahku sekarang,mak cakap"apa nak ditakutkan,kita pun akan kembali ke situ juga nanti".Jadi,betullah apa yang emak aku cakapkan tu ;p...

Seri Iskandar Dalam Kenangan




Bandar Seri Iskandar,sebuah bandar yang memberi seribu erti padaku,di sanalah aku mula mengenal erti kejiranan,persahabatan,perjuangan dalam mencari rezeki dan di sana juga aku mula bergelar seorang ibu.

Manisnya apabila mengimbas kembali kenangan yang berlalu.Di sana aku bebas melakukan apa saja yang aku suka,contohnya memelihara ikan,memancing dan bercucuk tanam.Walaupun jadual kerjaku melibatkan waktu malam tapi itu bukan penghalang untuk aku menikmati semua itu.

Lewat petang setelah pulang dari kerja aku akan bersiap-siap bersama anak dan suami untuk pergi memancing di lombong depan rumahku.Suasana hening,air yang tenang,pemandangan yang indah membuat hatiku begitu lapang.Kadang-kadang aku turut mengikut jiran-jiranku memancing.Seronok sangat melihat ikan-ikan kecil seperti ikan guppy bermain-main di gigi air.

Itu bab memancing,belum lagi bab mengumpul bermacam-macam spesis ikan.Di rumahku aku penuhkan dengan balang-balang kaca,aquarium,dan kolam ikan buatan sendiri dengan bermacam-macam jenis ikan.Alangkah bahagia setiap kali melihat mereka berenang-renang ke sana ke mari.

Bab bercucuk tanam pula aku mengambil peluang dengan menanam sayur seperti bendi,terung,kacang,serai,daun kari,limau purut,daun pudina dan ulam-ulaman di depan rumahku.Kebetulan jiran sebelah rumahku bekerja sebagai pegawai pertanian jadi dialah yang banyak memberi tunjuk ajar.Bekalan baja pula memang mudah didapati,percuma pula tu...

Menyentuh tentang jiran pula,aku bersyukur kerana diberi peluang mempunyai jiran yang cukup baik dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.Kalau aku tinggalkan rumah selama seminggu pun aku tidak risau kerana ada jiran-jiranku yang akan tengok-tengokkan tanaman dan ikan-ikan peliharaanku.Petang-petang kami kerap berkumpul minum petang bersama sambil menikmati angin yang bertiup lembut..ahhh rindunya saat tu..

Bab makan menu yang paling popular ikan talapia goreng sambal.Di sana ikan ni mudah didapati dengan harga yang cukup-cukup murah.Kalau aku tidak beli pun, jiran akan beri setiap kali mereka pulang dari memancing.Salah seorang jiranku pula memang pandai memasak,dan dia selalu hantar makanan dekat rumah,yang tak boleh aku lupa lokan masak rendangnya,sedap sangat..

Kawan-kawan di tempat kerjaku pula semuanya baik-baik belaka.Semuanya beri kerjasama yang baik setiap kali ada kerja yang perlu dibereskan.Aku beruntung kerana mempunyai kawan yang banyak memberi tunjuk ajar sehingga aku berani berdiri di atas kaki sendiri.Terima kasih Dr. Wan Norsiah..

Kini aku sudah berpindah,mengikut haluan hidup..sudah dijanjikan rezeki kami sekeluarga di sini pula,aku pasrah..dan aku abadikan segala kenangan di sana,Seri Iskandar..

Kawan

Teringat satu ketika dulu seorang kawan sekolahku berikan aku satu nota kecil yang bertulis "yang bisa menjatuhkan kita biasanya kawan,yang bisa menaikkan kita biasanya lawan".Mungkin ada betulnya,sampai sekarang aku masih ingat ayat ni.

Kawan..macam-macam jenis kawan aku jumpa sepanjang hidup ni.Ada kawan baik yang amat memahami,pemikiran pun lebih kurang sama,ada kawan yang sekadar teman borak di kedai kopi,ada kawan yang cuba tikam dari belakang(kawan makan kawan),ada kawan yang suka menumpang populariti,hidup macam parasit,ada kawan yang biasa-biasa sahaja maksudnya kalau jumpa cakap tak jumpa tak cakaplah.Ada kawan yang dekat tp jauh di hati dan ada juga kawan yang jauh di mata tapi dekat di hati.

Yang pastinya dari dulu sampailah sekarang aku ada seorang sahabat yang banyak berkongsi segala suka duka dalam kehidupan ni.Walaupun dia jauh tapi kami selalu berhubung paling tidak seminggu sekali.Paling aku gembira dia akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi,setelah sekian lama mencari buah hati@mr.rightnya.Itulah satu-satu sahabat yang aku rasa begitu selesa berkawan dengannya.

Penting bagiku mempunyai seorang sahabat yang memahami kerana tidak semua perkara kita boleh kongsi dengan ibu bapa mahupun suami.Bukan mereka tidak boleh memahami tetapi ini soal menjaga hati,aku tidak mahu membuat mereka risau atau susah hati.Dan aku tak nafikan aku perlukan kawan-kawan untuk mewarnai lagi hidupku,selain dari keluarga tersayang.Bila berkawan banyak manfaat aku dapat,sebab itulah kadang-kadang hidupku rasa kosong tanpa mereka.

Apa yang aku ingin pesan di sini hati-hati dalam memilih kawan kerana di luar sana bermacam-macam jenis kawan boleh kita jumpa.Kalau boleh jauhkan diri daripada kawan yang mahu merosakkan diri kita.Cari ketenangan dalam hidup dan bertenanglah dalam memilih kawan..