JoiN Me HeRe..

Showing posts with label Desert and Pudding. Show all posts
Showing posts with label Desert and Pudding. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Trifle Untuk Farewell..

Nak ke tak?
nak buat ke tak??
tak buat kesian pulak
buat je lah..
bukan susah pun..


ni lah hasilnya
Rasa?
boleh laaa..
3.5 bintang
sebabnya sebelum ni buat
rasanya lagi ok
salah pilih kek kot
huhuhu..



Sebenarnya..
Ni untuk farewell kawan, farhan (tengah)..
Dia ada tanya macamana bentuk trifle tu
biasa tengok gambar dekat Google je
so terus janji dengan dia
nak buatkan..

Monday, May 2, 2011

Koleksi Puding dan Manisan

Lama tak update blog,so hari ni tangan rasa ringan pula.Apalagi,ketuk jangan tak ketuk.Dekat bawah ni koleksi desert yang pernah aku buat.Resepi akan dimasukkan kalau ada permintaan..

Agar-Agar Gula Melaka Bersantan...
Manisan ni selalu makan masa bulan puasa,dan selalu tengok mak buat.Jadi hari minggu bila semua ada dekat rumah,aku pun cuba buat ni sebab bahan2nya ringkas dan senang je nak buat..

Puding Pisang Berkastard...
Pulang ke kampung kakak bagi pisang banyak juga,tak tahu nak masak apa so belek2 resepi dan tanya kawan maka terhasillah resepi ni..

Ini versi dalam loyang,yang tadi versi dalam mangkuk.Filling ada pisang goreng berkaramel (goreng cara pan-fry).Saja letak topping potongan pisang kat atas sebab pisang kat dalam dah tenggelam dengan krim kastard.

Puding Karamel...
Memang sedap dimakan sejuk.Suka buat ni sebab seisi keluarga suka.Nak sedap lagi cuba campur dengan beberapa keping cheese..

Trifle Laici....
Aduh..memang menggoda tengok trifle ni kat album resepi kawan2.Jadi aku pun cuba buat,memang menjadi.Cuma aku tak suka kalau lapisan kastard dan agar-agar tu keras,mesti kena lembut2 sikit.Trifle ni ada tiga lapisan,lapisan bawah kek marble,yang tengah krim kastard dan lapisan atas agar2 laici..
Bila dah disejukkan dalam peti ais,potong cantik2 dan hidang.Memang menyelerakan dan rupanya pun cantik..

Puding Agar2 Biskut Marble...
Percubaan pertama kurang menjadi sikit sebab terlalu lembut tapi rasanya tetap sedap.Yang kedua dah belajar dari kesilapan,so hasilnya tak mengecewakan...

Puding Roti...
Ini pula puding roti bersos kastard versi kukus.Tapi rasanya puding ni kalau bakar lagi baik sebab teksturnya akan lebih kering,baru sesuai dipadankan dengan sos kastard yang basah2 tu kan.Nak lagi cantik letak kismis hitam sikit untuk hiasan..

Nenas Tempura plus Ais Krim..
MIL datang,bawa buah nenas.Nak buat apa ye?pajeri nenas,jus nenas,asam rebus,makan macam tu saja letak kicap pun sedap.Tapi masih banyak lagi ni,so duduk sesaja petang sabtu ni terfikir nak buat desert ni,makan dengan ais krim coklat.Kalau ada ais krim vanilla lagi best,tapi kali ni ikut apa yang ada dalam fridge jelah.

Tuesday, April 19, 2011

Semanis Puding...


Orang cakap bangun pagi jangan mulakan dengan muka mencuka (masam) sebab nanti sepanjang hari kita akan rasa ada je yang tak kena.Tapi betul ke?mungkin juga..sebab kita sendiri yang kena cari aura positif dalam diri kita.Lepas ni bangun pagi2 nak bagi senyuman kat diri sendiri dululah, kemudian dekat orang sekeliling,senyuman yang manis..semanis puding macam kat atas tu.Ok hari ni rasa macam nak kongsi resepi lagi.dah lama buat,hari ni baru rasa rajin nak post kat blog ni...

Resepi Puding Agar2 Biskut..

Bahan-bahanya:)
1 paket agar2 tali (20g)
1500ML Air
1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat
10 keping biskut marie
2 biji telur
1 tutup esen vanila
Secubit garam
3 sudu makan butter
gula pasir secukupnya
daun pandan sehelai
3-4 sudu besar serbuk koko/milo

Langkah2...
  1. Rebus agar2 dan daun pandan sehingga hancur dan masukkan gula. Apabila gula hancur, kecilkan api.
  2. Kisar butter, telur,biskut, esen vanilla,susu cair & pekat sehingga halus.
  3. Tuang ke dalam adunan agar2,kacau rata dan masukkan secubit garam.Biarkan sekali didih dan tutup api.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian,satu adunan asal,satu lagi adunan yang dicampur serbuk koko, tuang ke dalam bekas,corakkan ikut kreativiti masing2...
  5. Sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong...

Friday, April 8, 2011

Cream Cheese Pudding...



Suami baru balik dari korea,dia merungut makanan halal di sana agak mahal,terpaksa membelanjakan lebih kurang rm200 sehari utk mkn sahaja.Sebelum pulang dia ada berpesan suruh masak yang sedap2 bila dia balik nanti..ermmm..so malam semalam rasa macam nak masak sesuatu untuk family.Sesuatu yang istimewa dan seisi keluarga suka.Fikir punya fikir terhasillah resepi ni.Memang sedap,rasa cheesenya memang memukau,sejuk je lalu kt tekak.Memang ala2 cheese cake secret resepi.Boleh makan dengan sedikit rasa bersalah sebab resepi ni berkalori tinggi (sekali sekala boleh la)....

Resepi:

7 keping biskut cream cracker
6 keping keju cheesedale (boleh gantikan dgn cream cheese)
1 1/2 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
4-5 sudu besar gula (boleh kurangkan manis)
1 sudu besar susu pekat manis

utk karamel:
4 sudu besar gula
2-3 sudu besar air panas

Langkah2..
Buat dulu karamelnya..
panaskan gula dgn api sederhana sehingga keperangan dan masukkan 2-3 sudu air panas tadi.Hati2 sebab gula akan meletup2,kacau sehingga air sebati dgn gula..angkat dan tuangkan ke dasar loyang.sejukkan karamel pada suhu bilik,ketepikan.

Untuk Puding..
Masukkan susu cair,cheese dan gula,kisar sehingga kembang.Kemudian masukkan biskut,telur,esen vanilla dan susu pekat dan kisar kesemuanya sehingga betul2 halus...tuang ke dalam loyang berkaramel tadi dan kukus lebih kurang 30 minit.Bila dah masak,angkat dan sejukkan loyang terlebih dahulu kemudian baru terbalikkan perlahan-lahan..sejukkan dlu dalam fridge @ mkn segera.Selamat Mencuba...