JoiN Me HeRe..

Showing posts with label Note of the day. Show all posts
Showing posts with label Note of the day. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

wajah baru


Bilik ni dah bertukar wajah
dulu nak masuk pun takde selera..
tapi atas usaha si dia
ini laaa hasilnya

thanks sangat2 dekat hubby
dia yang kemaskan
susun balik semuaaaa barang2 saya
handbags,kasut2,baju2 yang pakai
dan yang tak pakai 
ada la ghoper sikit sekarang





Wednesday, March 7, 2012

Belangkas masuk Office

akhirnyaaa...
dapat tengok real

tengok ni!
Belangkas masuk office


close up

kecoh satu office
semua dapat pegang


hidup lagi ni
bergerak-gerak kaki dan ekornya
tak sangka kan
boleh dibuat makan


keras kulitnya
macam helmet


yang dah siap masak
sedap sangat
sangat2 berterima kasih pada senior office
yang kenalkan BELANGKAS ni
tak sabar nak tunggu yang dah masak esok

saya dah order daaaaa..
awok??

Monday, March 5, 2012

makan je!


stok makanan untuk 2 hari
memang alasan untuk gemuk
tak kisah laa
janji tak payah masak
tak payah tunggu lama2 masa order makan
nanti bila semua family dah berkumpul semula
makan habis-habisan

makan lagi?
lagi2 makan!

Thursday, December 8, 2011

Mengantuknya Kamoo...

Cerita hari ni mengantuknya kamooo...
kamu ke aku?aku ke kau?
tak de cerita lain ke?memang tak de kan sebabnya kau tu (tuju kat diri sendiri) tak banyak bercerita,banyak tulis2 je kan...

Ehem..ehem..berbalik pada tajuk asal
ulang balik:

cerita hari ni mengantuknya kamooo..
letak gambar kononnya mata celik luas2..
TETAPI..
hakikatnya mata kian kecil dan kecil sangat...


Sebab apa mata kian kecik?
tambah2 bila kat depan PC
Sebabnya...

(Sila rujuk gambar di bawah)



...Roti Canaiiiiii...

OooOOOoo
roti ni yang salah

kata roti
amboi2 bukan aku la..
mulut dia yang salah

kata mulut
ai sedap mulut je cakap aku eh?

roti kata lagi
ye la dah sedap
kau makan, makan dan makan lagi
sedap kau je molotttt!!



Dah kecoh..
gaduh segala bagai!
maka air kat tepi PC tu pun naik panas sebab geram
eiii..bising la..

mataaaa...
kau suruh mulut minum aku
sure ngantuk hilang

Orrrite
mulut pun telan satu teguk
2 teguk
10 teguk
tambah lagi
ulang lagi..

Fuh
hilang ngantuk..
tapi akhirnya

toilet pulak nyampah tengok aku
laaa..pulakkkkk!!!
Nasib baik hari ni hari..
JUMAAT!!!


Thursday, November 17, 2011

Bila Gelaran 'Cik' Masih Digunapakai...

No Komen!!


nanti2...haish
kesilapan @ kesengajaan?
yang aku pulak senyum ni apasal?
suka ea??


dan lagi..

haha..
best
jugak pakai gelaran 'Cik' ni
teringatttttt 6 tahun dulu
banyak betul kenangan manis
hehe..
(senyum sorang2)

tetiba..
teringat pulak anak2 kat taska
Ooo..Ooo
~senyap~

hmm..
apapun
kalau diberi peluang untuk balik semula ke zaman 'single'
aku tak nak
sebab aku suka dengan apa yang ada sekarang (walaupun tak seberapa)
dan
aku sayang pada
orang2 yang patut aku sayang
..titik..



Gambar tempelan ni mesti kena ada..yang bertali leher dan berkot hitam itu adalah musuh ketat yang amat merbahaya hehe..

Sebenarnya tagging nama tu sempena Makan Malam Penuh Istiadat
bersama Tengku Mahkota Johor
untuk raikan pegawai-pegawai muda PALAPES UTHM
biasa ler salah cetak tu haha..
sekian

Wednesday, November 2, 2011

Tajuk Kuliah Hari ini...

kumbang bukan seekor
bunga bukan sekuntum


Satu pergi...


Dua mari...



sebenarnya takde cerita nak tulis..
last2 gambar kasut je boleh?
alaaa boleh laa ea..

Pesan Penaja
"bulan depan No more Shoes lagi ok"
ok..
tapi nak handbag baru boleh?
kata penaja
boleh..
boleh belah!


Monday, June 6, 2011

Do we really look alike?

Sabtu 11/6 family day untuk warga UTHM.Check list ada pula peraduan 'wajahku,wajahmu jua'..maksudnya pertandingan ni untuk mencari wajah ibu/bapa yang seiras dengan anak mereka.Kata lain..muka sama daa..ermm..macam menarik,tapiiiii lupakan aje la wahai daku,memang tak boleh join sebab muka you and your kiddies langsung tak seiras,muka gabungan ni,photocopy sikit2 je..buktinya,tengok gambar ni(baru snap semalam tau)..tak ada kan?..kan..


Actually seiras ke,ada iras2 ke @ tak ada copy langsung ke..itu semua tak penting pun,janji mereka sihat kan.Sekarang lega sangat sebab my heroes semakin sihat.Sebelum ni asyik keluar masuk klinik sebab alergy yang mereka tanggung.So kesimpulannya,tak boleh masuk ye peraduan wajah seiras tu ok~confirm..(ada diaorg kisah?)



Thursday, May 19, 2011

KeNaPa SaYa TaK aNgKat TeLeFoN...??

Aduh!!..handset buat hal lagi.handset ke charger ni,atau bateri?Banyak juga miskol dan mesej masuk,nak balas @ call balik asyik terpadam je,so sesiapa yang terlibat tu i'm sorry..(macam trademark Amir Raja Lawak pulak).Sebelum ni guna yang lama,jatuh dekat lantai ke,tersimbah air ke,si kecik baling ke,tetap maintain boleh je guna lagi (sungguh nostalgia handset tu).Bila tukar yang baru,baru guna berapa bulan dah nak jadi tukun..haishhh!!


Bila ada yang tanya ''Eh nape selalu tak angkat fon ni''?? ..Ok ni jawapannya ;)..


KeNaPa SaYa TaK aNgKat TeLeFoN?

  1. Sebab tak kenal nombor..(jadi kenalkan diri dulu ye,via message ok)
  2. Saya ada dua nombor dalam 1 handset,jadi masa tu mungkin tengah online.
  3. Saya tengah sibuk,ada benda nak buat..
  4. Saya tengah drive (memang tak akan angkat la,pemandu berhemah ni).
  5. Saya memang tak mahu bercakap dengan pemanggil tu (dengan sebab tertentu).
  6. Saya berada dalam keadaan tak sihat (nak pulak masa suara tak de @ kena selsema,tak dapek la nak nolong).
  7. Saya tak dengar bunyi handset (mungkin silent mode,lupa nak 'on' ringtone semula).



Handset ni juga yang best,tahan lasak (wooot...wooot...terpromote Nokia punya produk pulak).Lama pakai ni,malas nak kejar teknologi yang canggih manggih tu,asal boleh call@sms sudah.Tapi sekarang handset ni dah ke mana ntah.Rasa2nya bagi dekat orang...rindu pulak,banyak kenangan tu hurmmm....

Ok,berbalik pada topik,sebenarnya bukan susah sangat nak angkat telefon,cuma kadang-kadang bila berada di situasi macam kat atas,tu yang buat tangan rasa berat nak cakap ''hello..ye saya!'' ..Apapun,kalau tak dapat call tu sila mesej saya ok,nanti saya akan reply @ call balik..wink..wink..

Friday, May 13, 2011

Sedapnya Sayur..

Sabtu muncul lagi,suka2 sebab bila buka mata semua ada,hari yang penuh dengan aktiviti..masak memasak,kemas rumah,bercucuk tanam,jalan2,makan2 @ shopping..waaa..best2..tapi hari ni lain sikit malas nak buat apa2,duduk depan netbook cari resepi untuk si kecil.Al-kisahnya,si bongsu akan masuk 6 bulan 2 minggu lagi,si abang pula tak suka makan sayur,jadi mummy kena cari something untuk selesaikan perkara ni.cari resepi untuk adik dan abang..di samping guna pendekatan psychology (apa guna pergi kursus psychology kanak2 dulu kalau tak praktik kan?)


Punya la psycho si abang kalau makan sayur dengan buah,kita akan jadi kuat macam ultromen,macam gajah,macam Ben10..mummy and daddy terpaksa berlakon excited makan sayur dengan penuh perasaan,seolah-olah sedap ya amat..hehehe..


Mummy juga terpaksa pelbagaikan masakan,letak sayur merah,oren,hijau kuning,potong bentuk bintang,bunga,bulat,bujur,senget pun ada.Tapi setakat ni cara tersebut belum boleh menambat hati si kecil itu huhuhu..tak apa,slow2..

Rupanya bukan senang nak didik anak ni,teori memang macam2 nak praktik tu perlukan kesabaran yang tinggi kan.Ok tulis,tulis juga..akhirnya dapat apa yang dicari,untuk baby mummy dah dapat idea nak masak apa (sambil dalam fikiran teringat pesan cik misi selasa lepas,asuh dulu usus baby dengan air rebusan makanan sebelum bagi dia makan bubur).Ok cukup la entry untuk hari ni,nak keluar sekejap.Have a nice day ya..


Note: gambar daripada Cik Yahoo..

Wednesday, May 11, 2011

Tukar lens laa...

Bosan dengan contact lens yang lama so 2 hari lepas sesaja pergi kedai cermin mata tengok ada sale ke tak.Memang tak ada huhu,tapi rasa nak tukar juga yang baru,so buat pejam mata order juga sepasang contact lens berwarna (gray,2 tone).dan hari ni pergi ambil,esok boleh pakai *wink*..ok dah ngantuk,jom tidur..Selamat Malam..



Saturday, April 23, 2011

Pendamping Siang Malam..

Amboi tajuk..sue baharom ada saka ke main pendamping segala ni?aduh..ok2 pergi ke muqadimah dulu..slow2.Hari ni bangun pagi jadi tak keruan sebab kedua-dua alat bantuan penglihatan (cermin mata daa..) entah ke mana.Aku cukup sensitif kalau speck aku hilang,apa tak boleh buat,melainkan kena cari dulu sampai dapat...

Huhh!..dah jumpa baru rasa lega.kalau tak..rela tidur sepanjang hari daripada teraba-raba masa nak masak,kemas rumah dan lain2 (nk pegang pc pun tak dapat tau).Ok2..sebelum tu nak tanya kenapa pulak cerita ni jadi topik kat blog aku yang masih muda ni?sebabnya aku masih mahu bersyukur dengan nikmat penglihatan yang Allah bagi ni.Walaupun penglihatanku telah diragut sedikit seawal usiaku 11 tahun lagi aku tetap berterima kasih padaNya sebab di zaman yang moden lagi canggih ni aku tetap boleh melihat macam orang lain.Speck dan contact lens kan ada..itulah sebenarnya pendamping siang dan malamku (tapi masa tidur takde la pakai).sebenarnya tak ramai yang tahu aku ni rabun hik2..sebab masa kat luar aku pakai contact lens..baek punya cover!

Semua nilah yang sentiasa membantuku menjalani kehidupan hari2.Dari pelbagai bentuk,saiz dan warna,semuanya aku pakai tanpa jemu2.Tapi aku ada juga menyimpan keinginan ingin mengembalikan semula penglihatanku secara semulajadi dengan membuat pembedahan 'lasik'.Kosnya memang agak tinggi tapi aku percaya pada rezeki tuhan,sekarang aku mahu tangguhkan dulu sebab kekadang aku rasa masalah rabun ni perkara kecil je sebenarnya.Tak membebankan sangat pun..

Wednesday, April 20, 2011

Utk Pelajar2:Selamat Menghadapi Peperiksaan..

Pagi ni aku siapkan markah pelajar2,petang nanti mahu hantar dekat opis.Aku harap aku dah lakukan yang terbaik untuk mereka semua.Kena juga berlaku jujur dalam menilai pemarkahan ni sebab tidak adil pada semua kalau aku bagi markah kesian saja kan..'what you give, you get back' nak markah cantik mesti kena usaha,jangan sekadar lepaskan batuk di tangga je.

Macam biasa,ujung2 semester ni inbox fb dan email akan ada je mesej daripada students ucap terima kasih,minta maaf lewat hantar asigment,minta tolong doakan mereka dan macam2 lagi.Apapun,aku sentiasa doakan kejayaan mereka.Siapa tak bangga tengok student cemerlang dalam semua subjek.Malah aku juga akan tetap berbangga jika satu hari nanti pelajar2ku berjaya dalam karier masing2 dan aku tak kisah kalau merekalah juga yang akan jadi boss aku nanti.

Buat pelajar2..saya halalkan setiap ilmu yang diberi,buat yang terbaik untuk peperiksaan minggu depan.Tentang carry mark @ markah penuh tu tak payah persoalkan sebab jika awak dah buat yang sepatutnya,hasilnya pun tak akan mengecewakan juga.Awak semua akan faham jika awak berada di situasi saya.Memang agak sukar untuk saya gagalkan pelajar walaupun pelajar itu sendiri tak mahu bantu dirinya..apapun selamat berjaya...