JoiN Me HeRe..

Sunday, March 7, 2010

Seri Iskandar Dalam Kenangan




Bandar Seri Iskandar,sebuah bandar yang memberi seribu erti padaku,di sanalah aku mula mengenal erti kejiranan,persahabatan,perjuangan dalam mencari rezeki dan di sana juga aku mula bergelar seorang ibu.

Manisnya apabila mengimbas kembali kenangan yang berlalu.Di sana aku bebas melakukan apa saja yang aku suka,contohnya memelihara ikan,memancing dan bercucuk tanam.Walaupun jadual kerjaku melibatkan waktu malam tapi itu bukan penghalang untuk aku menikmati semua itu.

Lewat petang setelah pulang dari kerja aku akan bersiap-siap bersama anak dan suami untuk pergi memancing di lombong depan rumahku.Suasana hening,air yang tenang,pemandangan yang indah membuat hatiku begitu lapang.Kadang-kadang aku turut mengikut jiran-jiranku memancing.Seronok sangat melihat ikan-ikan kecil seperti ikan guppy bermain-main di gigi air.

Itu bab memancing,belum lagi bab mengumpul bermacam-macam spesis ikan.Di rumahku aku penuhkan dengan balang-balang kaca,aquarium,dan kolam ikan buatan sendiri dengan bermacam-macam jenis ikan.Alangkah bahagia setiap kali melihat mereka berenang-renang ke sana ke mari.

Bab bercucuk tanam pula aku mengambil peluang dengan menanam sayur seperti bendi,terung,kacang,serai,daun kari,limau purut,daun pudina dan ulam-ulaman di depan rumahku.Kebetulan jiran sebelah rumahku bekerja sebagai pegawai pertanian jadi dialah yang banyak memberi tunjuk ajar.Bekalan baja pula memang mudah didapati,percuma pula tu...

Menyentuh tentang jiran pula,aku bersyukur kerana diberi peluang mempunyai jiran yang cukup baik dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.Kalau aku tinggalkan rumah selama seminggu pun aku tidak risau kerana ada jiran-jiranku yang akan tengok-tengokkan tanaman dan ikan-ikan peliharaanku.Petang-petang kami kerap berkumpul minum petang bersama sambil menikmati angin yang bertiup lembut..ahhh rindunya saat tu..

Bab makan menu yang paling popular ikan talapia goreng sambal.Di sana ikan ni mudah didapati dengan harga yang cukup-cukup murah.Kalau aku tidak beli pun, jiran akan beri setiap kali mereka pulang dari memancing.Salah seorang jiranku pula memang pandai memasak,dan dia selalu hantar makanan dekat rumah,yang tak boleh aku lupa lokan masak rendangnya,sedap sangat..

Kawan-kawan di tempat kerjaku pula semuanya baik-baik belaka.Semuanya beri kerjasama yang baik setiap kali ada kerja yang perlu dibereskan.Aku beruntung kerana mempunyai kawan yang banyak memberi tunjuk ajar sehingga aku berani berdiri di atas kaki sendiri.Terima kasih Dr. Wan Norsiah..

Kini aku sudah berpindah,mengikut haluan hidup..sudah dijanjikan rezeki kami sekeluarga di sini pula,aku pasrah..dan aku abadikan segala kenangan di sana,Seri Iskandar..

No comments:

Post a Comment