JoiN Me HeRe..

Tuesday, August 9, 2011

Baju Oh Baju! ..Perlu ke Alter Semua?

Hari ke 9 berpuasa..ramai yang bertanya; dah beli baju raya ke belum?Eh..kat sana ada sale, kat sini diskaun 70%, kat situ murah betul! dan macam2 lagilah.Semuanya menuntut aku untuk berfikir; isk kenapa aku masih belum buat apa2 persediaan?..Ye la, kenapa ye?Nak tunggu last minute kot..Mungkin bagi aku, raya hanyalah satu budaya,sebab tu aku tak excited sangat macam kecil2 dulu.

Ahad baru ni, aku merajinkan diri mengasingkan semua pakaian yang boleh pakai dan yang tak boleh pakai. Bukan kerana baju2 aku mengecil, tetapi kerana baju2 aku 'longgar' ok a.k.a besar. Maklumlah dulu berat aku pernah mencecah ke tahap yang agak membimbangkan, sekarang pulak berat semakin turun dan turun walaupun tak berdiet dah pun. Tapi aku suka ;)..



Belek baju2 tu ada 2 helai yang aku rasa perlu hantar kedai untuk kecilkan. Satu baju tu (biru) memang suka sangat aku pakai dulu. Yang satu lagi tu baju raya tahun lepas,tak sempat nak pakai.Kiranya stok recyclelah ni. Sekarang, bila pakai baju2 tu rasa macam adoi..besarnnya!!!so target petang ni hantar Alter ok.Isk sempat ke? ada majlis buka puasa ni sekejap lagi..



Ni baju2 yang masih boleh pakai, yang tak boleh pakai lagi banyak, satu almari huhu.Ok bab baju raya, setakat ni belum beli dan tak plan lagi nak pakai macammana. Sebabnya stok baju yang tak pakai lagi ada 2 helai, mungkin kalau beli pun yang biasa2 je dalam 2 helai juga..isk2 baju oh baju!

No comments:

Post a Comment