JoiN Me HeRe..

Friday, June 17, 2011

Laksa Johor- My style, My way..


Ramuan Laksa..

1 bungkus spaghetti (direbus + minyak masak 1 sudu besar)

Bahan A - (direbus dan dikisar - asingkan)
Ikan kembong + ikan parang
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm

Bahan B (dikisar)
3 labu bawang besar
15 tangkai cili kering,
2 inci halia,lengkuas & kunyit hidup

Bahan C
2 batang serai (dititik-untuk tumis)
2 keping asam keping (masuk dlm kuah)
1 kotak santan pekat
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
3-4 ulas bawang putih

Bahan tabur…
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun diracik halus
taugeh
bawang besar (dihiris halus)
lada merah/lada hijau (dihiris)
Daun kesum / daun selasih,bunga kantan (diracik halus) - juga dimasukkan sedikit dalam kuah

Sambal Belacan
5-6 tangkai lada merah + 4 tangkai cili padi (merah)
Belacan melaka - 30 gram dibakar
1 biji bawang merah,garam,gula dan limau kasturi (perah airnya)

~ Semuanya ditumbuk halus…


Untuk Kuah..
  1. Rebuskan ikan dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama air rebusan dan udang kering.
  2. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi.
  3. Bila garing, masukkan bahan C dan kacau sebentar dalam 1 minit masukkan ikan & udang kering yang dikisar tadi.
  4. Masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air (tambah jika kurang), masukkan asam keping,garam dan gula (boleh juga masukkan seketul kiub pati ayam).
  5. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam.


note: Tengok resepi Laksa Johor Asli,memang sangat 'renyah' resepinya.Jadi saya permudahkan bahan dan cara masaknya,pada masa yang sama saya tetap mahu kekalkan rasa aslinya.So inilah hasilnya...SELAMAT MENCUBA~

No comments:

Post a Comment