JoiN Me HeRe..

Friday, August 5, 2011

Menu:Ikan Kembung Masak Tempoyak,Kari Ayam dan Sayur Goreng Kacang Panjang

Hari ke 6 berpuasa..tengahari,tapi dah siap masak?Haish..tak puasa ke?sebenarnya masak awal2 sebab plan nak keluar sekejap lagi.Takut tak sempat pula nak masak bila balik nanti.



Rasa nak makan masak tempoyak.Tengok ikan,yang ada ikan kembung,masih fresh lagi.Jadi aje ni,hari tu tengok kak jee sifu kita tu masak guna ikan ni la..pada kawan2 yang minta resepi tu,ada kat bawah ok:




BAHAN2:

5 ekor ikan kembung
1½ senduk tempoyak
4-5 batang cili api (ikut suka)
sedikit kunyit hidup
tomato dan timun (dipotong wedges)
2 hiris asam keping (kalau tempoyak dah masam tak payah letak)
daun kesom
bahan perasa (gula dan garam)
air secukupnya


CARA2:

Tumbuk cili padi dan kunyit hidup,masukkan dalam periuk dan tambahkan air.Masukkan tempoyak dan asam keping.biarkan seketika,kemudian masukkan ikan,timun dan daun kesom,tunggu sehingga mendidih.Akhir sekali,masukkan tomato dan bahan perasa..jangan biar terlalu lama,agak dah sebati terus tutup api.




Kari ayam..memang wajib bila cuti hujung minggu.Tak kisah la makan dengan nasi atau roti.Ini buat stok sampai ke sahur ni ermm..



Sayur goreng kacang panjang...pelengkap hidangan untuk hari ni.ok dah siap masak!

Menu:Bendi Goreng+Asam Pedas Ikan Merah

Hari kelima berpuasa.Cerita paling dapat sambutan tentulah cerita makan.Dah sepakat dengan officemate tiap-tiap hari akan 'present' menu apa makan semalam masa buka puasa.Kira ok la kan daripada mengumpat sana sini,lebih baik cakap benda2 yang boleh menaikkan semangat hehe..


Petang ni balik je kerja terus pergi ambil gunting mahu petik bendi dekat depan rumah.Banyak juga dapat,tanam sendiri tau.



So
dalam kepala ni dah set dah nak masak apa,masak bendi goreng belacan+sos tiram ok kan!dah2..terus masak je,lepas tu masak nasi,siap!



Oleh kerana stok barang basah tak ada dekat dapur,jadi lauk lain kena pergi beli nampaknya.Bazaar Ramadhan,here i come! bendi goreng sedap makan dengan kari @ asam pedas,jadi apalagi..terus beli Asam Pedas Ikan Merah..ye ke ikan Merah?tak berapa pasti!

Itu saja lauk berbuka untuk hari ni.Sebabnya tak suka campur2,lari rasa nanti.Selamat berbuka.Enjoy your meal!