JoiN Me HeRe..

Saturday, April 23, 2011

Pendamping Siang Malam..

Amboi tajuk..sue baharom ada saka ke main pendamping segala ni?aduh..ok2 pergi ke muqadimah dulu..slow2.Hari ni bangun pagi jadi tak keruan sebab kedua-dua alat bantuan penglihatan (cermin mata daa..) entah ke mana.Aku cukup sensitif kalau speck aku hilang,apa tak boleh buat,melainkan kena cari dulu sampai dapat...

Huhh!..dah jumpa baru rasa lega.kalau tak..rela tidur sepanjang hari daripada teraba-raba masa nak masak,kemas rumah dan lain2 (nk pegang pc pun tak dapat tau).Ok2..sebelum tu nak tanya kenapa pulak cerita ni jadi topik kat blog aku yang masih muda ni?sebabnya aku masih mahu bersyukur dengan nikmat penglihatan yang Allah bagi ni.Walaupun penglihatanku telah diragut sedikit seawal usiaku 11 tahun lagi aku tetap berterima kasih padaNya sebab di zaman yang moden lagi canggih ni aku tetap boleh melihat macam orang lain.Speck dan contact lens kan ada..itulah sebenarnya pendamping siang dan malamku (tapi masa tidur takde la pakai).sebenarnya tak ramai yang tahu aku ni rabun hik2..sebab masa kat luar aku pakai contact lens..baek punya cover!

Semua nilah yang sentiasa membantuku menjalani kehidupan hari2.Dari pelbagai bentuk,saiz dan warna,semuanya aku pakai tanpa jemu2.Tapi aku ada juga menyimpan keinginan ingin mengembalikan semula penglihatanku secara semulajadi dengan membuat pembedahan 'lasik'.Kosnya memang agak tinggi tapi aku percaya pada rezeki tuhan,sekarang aku mahu tangguhkan dulu sebab kekadang aku rasa masalah rabun ni perkara kecil je sebenarnya.Tak membebankan sangat pun..

Wednesday, April 20, 2011

Utk Pelajar2:Selamat Menghadapi Peperiksaan..

Pagi ni aku siapkan markah pelajar2,petang nanti mahu hantar dekat opis.Aku harap aku dah lakukan yang terbaik untuk mereka semua.Kena juga berlaku jujur dalam menilai pemarkahan ni sebab tidak adil pada semua kalau aku bagi markah kesian saja kan..'what you give, you get back' nak markah cantik mesti kena usaha,jangan sekadar lepaskan batuk di tangga je.

Macam biasa,ujung2 semester ni inbox fb dan email akan ada je mesej daripada students ucap terima kasih,minta maaf lewat hantar asigment,minta tolong doakan mereka dan macam2 lagi.Apapun,aku sentiasa doakan kejayaan mereka.Siapa tak bangga tengok student cemerlang dalam semua subjek.Malah aku juga akan tetap berbangga jika satu hari nanti pelajar2ku berjaya dalam karier masing2 dan aku tak kisah kalau merekalah juga yang akan jadi boss aku nanti.

Buat pelajar2..saya halalkan setiap ilmu yang diberi,buat yang terbaik untuk peperiksaan minggu depan.Tentang carry mark @ markah penuh tu tak payah persoalkan sebab jika awak dah buat yang sepatutnya,hasilnya pun tak akan mengecewakan juga.Awak semua akan faham jika awak berada di situasi saya.Memang agak sukar untuk saya gagalkan pelajar walaupun pelajar itu sendiri tak mahu bantu dirinya..apapun selamat berjaya...



Cerita Malam Khamis...

Dapat panggilan daripada kawan,nak datang rumah lepas waktu kerja nanti,kebetulan aku dan suami memang ada kat rumah,jadi kami pun bercadang mahu masak makanan ringkas sebagai kudapan waktu borak2 nanti.Maklumlah walaupun dekat,tapi kami dah lama tak bersua muka,masing2 sibuk.Sedang berbual-bual tu mataku terpandang pulak sayur kucai yang aku tanam depan rumah,jadi aku terfikir kalau buat jemput-jemput mesti sedap...

Ok set!jadi buat jemput2.Langkah pertama potong dan cuci sayur..sambil2 tu berkata-kata dalam hati bestnya kalau aku dan keluarga dapat makan sayur organik macam ni selalu,bebas racun dan guna baja organik pulak tu.rasa bangga pulak dapat makan hasil tanaman sendiri hik3...

Langkah seterusnya aku bancuh tepung dengan mencampurkan beberapa bahan lain seperti bawang besar,cili,ikan bilis,telur,sedikit serbuk penaik,dan bahan2 perasa (nak jugak letak resepi hik2)..dah siap bancuh,jom kita goreng..



Bermulalah aktiviti goreng menggoreng..bila dah siap,suami cadangkan jemput2 ni dipadankan dengan kopi kampung yang kami beli dekat Kedah baru2 ni.Ermm..menarik jugak tu,tambah pulak jemput2 ni dicicah dengan sambal hitam,memang terangkat.Orang johor memang suka sambal hitam ni..nak resepi?

Tetiba...Kawan telefon! dia dan suaminya tak dapat datang sebab kena ambil maknya yang baru keluar dari hospital.Dia minta maaf dengan nada kesal sambil bergurau kecewa tidak dapat makan jemput2 tu.Nak buat macammana dah tak ada rezeki lagipun semua tu kan di luar kawalan kita.

Jadi moral of the story..buat apapun mesti kena ikhlas,sebab dengan keikhlasan benda berat pun kita tak akan rasa beban.Tak apalah penatpun..dan walau jemput2 ni banyak,jiran sebelah kan ada so boleh bagi mereka separuh...(Ooo rezeki jiran rupanya..)









Tuesday, April 19, 2011

Semanis Puding...


Orang cakap bangun pagi jangan mulakan dengan muka mencuka (masam) sebab nanti sepanjang hari kita akan rasa ada je yang tak kena.Tapi betul ke?mungkin juga..sebab kita sendiri yang kena cari aura positif dalam diri kita.Lepas ni bangun pagi2 nak bagi senyuman kat diri sendiri dululah, kemudian dekat orang sekeliling,senyuman yang manis..semanis puding macam kat atas tu.Ok hari ni rasa macam nak kongsi resepi lagi.dah lama buat,hari ni baru rasa rajin nak post kat blog ni...

Resepi Puding Agar2 Biskut..

Bahan-bahanya:)
1 paket agar2 tali (20g)
1500ML Air
1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat
10 keping biskut marie
2 biji telur
1 tutup esen vanila
Secubit garam
3 sudu makan butter
gula pasir secukupnya
daun pandan sehelai
3-4 sudu besar serbuk koko/milo

Langkah2...
  1. Rebus agar2 dan daun pandan sehingga hancur dan masukkan gula. Apabila gula hancur, kecilkan api.
  2. Kisar butter, telur,biskut, esen vanilla,susu cair & pekat sehingga halus.
  3. Tuang ke dalam adunan agar2,kacau rata dan masukkan secubit garam.Biarkan sekali didih dan tutup api.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian,satu adunan asal,satu lagi adunan yang dicampur serbuk koko, tuang ke dalam bekas,corakkan ikut kreativiti masing2...
  5. Sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong...

Monday, April 18, 2011

Mesej Untuk Para Ibu -Botol Susu Bayi


'PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai .'

Saya ada terbaca kenyataan ini di suratkhabar dan juga sempat menonton rancangan 'Wanita Hari ini' tv3 yang membincangkan mengapa tindakan ini akan dilaksanakan.Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.Dikuatiri bahan ini akan menggangu harmon tumbesaran bayi.Jadi sebagai ibu,kita mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita kan,jadi marilah sama2 kita check botol2 susu yang ada kt rumah tu..

Senang je,cuba tengok dekat bawah botol tu ada label 'PC' tak?kalau ada,itu maknanya botol tu mengandungi sehingga 80% polikarbonat.Saya nk kongsi dekat sini salah satu jenama botol susu yang bebas PC kt pasaran,jenama 'MOTHERCARE',cuma harganya agak mahal berbanding botol susu biasa yang lain.Untuk ibu2 yang kurang berkemampuan anda masih mempunyai pilihan,cuba pilih botol2 susu yang ada label PP @ AP kt bawah botol tu,ianya lebih baik dari yang berlabel 'PC'..

Friday, April 15, 2011

Ikan Kembung Masak Asam Rebus ala bonda..

Lagi2 cerita pasal makan..

Sudah hampir 2 tahun tinggal dekat Johor ni,dah macam-macam makanan aku cuba,nasi beriani,mee bandung,satey,mee rebus,cendol,tapai..semuanya ditelan dan dinikmati dengan seribu rasa.Sedap memang sedap.. Tapi dah namanya orang utara,selera aku tetap bertunjang di sana.Sebenarnya orang utara ni masakannya banyak yang berkuah tak bertumis.Contohnya laksa dan Asam pedasnya.semua tak menggunakan minyak.Masak sup pun,ada yang tak bertumis..

Ok..aku nak kongsi kat sini masakan mak yang cukup aku suka.makan dengan nasi panas ditambah sambal belacan dan ikan goreng sudah cukup untuk buat aku menambah-nambah nasi.Nak kata masak singgang,bukan singgang,nak kata asam pedas pun bukan,asam rebus yelah kot rasanya.Resepinya senang je dan dengan bangga aku nak beritahu dekat sini mak aku dah beberapa kali menang dalam peraduan masak memasak kat kampung tau,masak nilah.yang dalam gambar ni versi aku,tak sama sangat macam mak buat,tp lebih kuranglah..

resepi:

ikan kembung/pari 1/2 kilo
4-5 cawan air
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
4 ulas bawang putih (dititik)
1 inci halia (dihiris nipis)
4-5 keping Asam gelugor
5-6 tangkai cili padi (ditumbuk halus)
1 inci lengkuas (dihiris nipis)
2 batang serai (dititik)
2 sudu besar rempah kari ikan
sayur bendi dan timun (dipotong wedges)
gula,garam dan bahan perasa secukupnya..

Semuanya disatukan di dalam periuk,dan dibiarkan sampai mendidih,masukkan ikan dan akhir sekali masukkan sayur..biarkan sekejap,baru tutup api.Hidang panas..

Masak Memasak..



Setiap hari masa yang berlalu rasa terlampau pantas.Jam berdetik tak pernah berhenti,meninggalkan hari semalam sebagai sejarah,hari esok sebagai masa depan.Kadang-kadang sibuk,kadang-kadang macam tak ada apa nak buat sangat.Yang pastinya aku tak suka membiarkan diri tidak melakukan apa2,mesti kena buat sesuatu yang aku suka.

dan sebagaimana tajuk di atas,memang masak memasaklah hobi masa lapangku.Suka masak,suka makan dan suka tengok orang makan hasil air tangan sendiri.Sebenarnya aku tak pandai masak tapi kerana minat aku sentiasa mendapatkan resepi2 yang ada,belajar dari orang berpengalaman dan mencipta sendiri resepi baru.Memang rasa puas bila dapat buat apa yang kita suka ni.dan teramatlah bahagia bila tengok orang-orang tersayang begitu asyik makan masakan kita.Satu perasaan yang sukar nak dijelaskan.Secara tak langsung,rasa inilah yang buat fikiran jadi tenang seketika..

Di usia 11 tahun lagi aku sudah ke dapur memasak untuk keluarga.Ingat lagi masa umurku mencecah 14 tahun aku sudah mengambil alih sepenuhnya tempat kakak keduaku menguruskan rumah seperti memasak,membasuh baju,mengemas rumah dan menjaga adik.Sebab kakak,emak dan ayah keluar bekerja masa tu,jadi kerja2 rumah nak harapkan siapa lagi kan?Yang pastinya hobi ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk,sekadar untuk berkongsi antara satu sama lain..


Thursday, April 14, 2011

I'm addicted to chocolate??...oh no!

Betul ke?mungkin..entahlah,kalau 2,3 hari tak dapat makan 1 bar coklat memang rasa lain macam.Asal duduk sesaja je teringat coklat,asal fikiran bercelaru je ingat coklat,asal rasa lapar je tekak ni minta2 je coklat.

Singgah isi minyak dekat petrol station,beli coklat.nk beli barang dapur terbeli coklat juga..dan semestinya dalam handbag pun akan ada,kalo tak besarpun,yang saiz kecil tetap diselitkan juga.hai..berapa banyak coklat daa kamoo mau makan..??

Sebenarnya ada baik buruknya makan coklat ni.Kebaikannya ia dapat merangsang otak merembeskan harmon yang boleh buat kita ceria,jadi sesiapa yang 'bad mood' tu eloklah makan coklat.Tetapi harus diingat setiap makanan jika diambil secara berlebihan pasti ada kesan buruknya.

Macam tu juga dengan coklat,kebanyakkan jenama coklat yang ada di pasaran sekarang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ini sudah tentu amat membahayakan kesihatan jika diambil secara berlebihan (eh..tahu pun!!abis tu?..)Jadi kalau nak makan lebih apa kata beli yang jenis 'dark'(rasanya pahit2 sikit) @ coklat diet 'energy bar' khas untuk orang yang mahu berdiet..kandungan gulanya tetap ada tetapi kurang daripada coklat biasa (seru untuk diri sendiri juga ni)...Apapun,coklat tetap menjadi pojaan hatiku dulu,kini dan selamanya...

Wednesday, April 13, 2011

Mahu Bershopping 'Terapi'...



Setuju sangat dengan tulisan penulis 'cupcakekasih:kisah kau dan aku' tentang selera sesetengah wanita yang sentiasa rasa tak cukup berbelanja untuk bergaya.Aku pun terkadang macam tu juga,kena sentiasa ada orang tolong menegur.Tapi aku tidaklah se'ekstrem' golongan seperti yg dimaksudkan,berbelanja ikut kemampuan saja.

..dan tetiba pula hari ni terasa mcm mahu dapatkan sesuatu yang dapat buat hati ni berbunga-bunga sekejap.ni yang dikatakan nak bershopping 'terapi' ni..Tengok petang ni macammana,ikut mood juga ni.Tapi tak pasti apa yang nak dibeli..handbag?jam?aksesori?..@kasut?Dah lama rasanya tak beli sesuatu untuk hadiah pada diri sendiri (walaupun sebenarnya tiap2 bulan mesti akan dapatkan sesuatu juga)Kadang-kadang tengok poket dulu,kalau ada lebih tu bolehlah, maklumlah perbelanjaan untuk keperluan lain perlu diutamakan..

Bilalah nak rasa cukup dengan apa yang ada?Kadang2 tengok baju-baju yang ada macam dah banyak tapi masih rasa tak cukup,masih rasa tak ada baju nak pakai untuk pergi ke satu-satu tempat dan masih rasa asyik pakai baju yang sama juga.Lagi satu bab beli tudung.asal keluar patern baru je mula check poket nak beli,sampai bersangkut-sangkut,berlipat-lipat kat dalam almari tu tapi pakainya cuma 4-5 helai je.Agak2nya kena pergi dapatkan kaunseling tak?...ermmm???..dan dalam diam,aku telah mengintai sesuatu ahaahaaa...yang dalam gambar tu,cantik tak??

Tuesday, April 12, 2011

Moist Chocolate Cake...


Hari ni aku peruntukkan sikit masa untuk membikin 2 biji kek coklat lembap khas untuk students yang nak berjamuan ringan esok hari.Ikutkan hati memang malas tp aku tak nak kecewakan student2 aku tu so petang tadi operasiku pun bermula...dan inilah hasilnya.

Seronok bikin kek yang dah biasa buat ni sebab bila dah arif tentang kuantiti dan bahan2nya masa yang diambil pun sekejap je,lebih kurang 20 minit untuk mengadun dan 40 hingga 50 minit untuk membakar/mengukus (ikut suhu oven masing2)..dan yang pasti kualiti terjamin ;) ..

Buat masa ni aku ambil tempahan kecil2 je,1-3 biji kek sekali tempah tu oklah untuk makan2,banyak2 belum berani,lagipun peralatan yang ada tak mengizinkan untuk buat lebih2..tengok ni 'buy one free one' tau hahaha...

Friday, April 8, 2011

Cream Cheese Pudding...



Suami baru balik dari korea,dia merungut makanan halal di sana agak mahal,terpaksa membelanjakan lebih kurang rm200 sehari utk mkn sahaja.Sebelum pulang dia ada berpesan suruh masak yang sedap2 bila dia balik nanti..ermmm..so malam semalam rasa macam nak masak sesuatu untuk family.Sesuatu yang istimewa dan seisi keluarga suka.Fikir punya fikir terhasillah resepi ni.Memang sedap,rasa cheesenya memang memukau,sejuk je lalu kt tekak.Memang ala2 cheese cake secret resepi.Boleh makan dengan sedikit rasa bersalah sebab resepi ni berkalori tinggi (sekali sekala boleh la)....

Resepi:

7 keping biskut cream cracker
6 keping keju cheesedale (boleh gantikan dgn cream cheese)
1 1/2 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
4-5 sudu besar gula (boleh kurangkan manis)
1 sudu besar susu pekat manis

utk karamel:
4 sudu besar gula
2-3 sudu besar air panas

Langkah2..
Buat dulu karamelnya..
panaskan gula dgn api sederhana sehingga keperangan dan masukkan 2-3 sudu air panas tadi.Hati2 sebab gula akan meletup2,kacau sehingga air sebati dgn gula..angkat dan tuangkan ke dasar loyang.sejukkan karamel pada suhu bilik,ketepikan.

Untuk Puding..
Masukkan susu cair,cheese dan gula,kisar sehingga kembang.Kemudian masukkan biskut,telur,esen vanilla dan susu pekat dan kisar kesemuanya sehingga betul2 halus...tuang ke dalam loyang berkaramel tadi dan kukus lebih kurang 30 minit.Bila dah masak,angkat dan sejukkan loyang terlebih dahulu kemudian baru terbalikkan perlahan-lahan..sejukkan dlu dalam fridge @ mkn segera.Selamat Mencuba...

Thursday, April 7, 2011

Serum Anti Penuaan (Pearlish Skin Series)


Usia dah masuk 30 series ni.Kadang2 rasa seronok,kadang2 rasa takut pula.rasa banyak benda yang diiginkan belum pun tercapai.Dulu masa remaja (sweet17 gitu) selalu juga bayangkan bila dah berada di usia begini aku mesti dah punya rumah besar,kerjaya mantap dan keluarga bahagia.Namun itu hanya impian tp aku tetap bersyukur di mana aku berada sekarang dan apa yang aku miliki kini,walaupun tak seberapa dan tak mencapai target pun.tak apalah hidup ni kan umpama roda,kadang2 kita di bawah,kadang2 di atas,ada turun naiknya,ada pasang surutnya kan..janji jangan pernah putus asa.

ok2..itu bab impian,kita pergi ke bab menjaga kulit wajah pula.memang ini sebenarnya topik yang aku nak kongsi haha.nak tanya kaum perempuan..di penghujung hari sebelum tidur tu pernah tak belek2 muka kat cermin?tengok ada kedut ke,,jerawat ke,bintik2 hitam ke?...sebenarnya aku ada juga buat macam tu selepas selesai melakukan operasi 3M (membersih,menyegar dan melembab kulit wajah).Yelah..aku ni jenis perempuan yang tak suka mengabaikan penjagaan kulit ni maklumlah usia makin hari makin menganjak,nak maintain punya pasal..

Justeru,aku juga tidak ketinggalan mencari-cari produk anti penuaan yang berkesan,sehinggalah aku terjumpa satu serum ni 'Serum Anti Penuaan' daripada Pearlish Skin Care.Ia didatangkan dalam botol2 kecil yang cukup comel.Yang penting kandungannya ada emas 24k serum yang rata2 tahu tentang kebaikannya pada kulit.Jadi aku pun tak lepaskan peluang untuk cuba memakainya,tak sampai sebulan aku dah nampak hasilnya kt wajah.Jadi apalagi, aku terus menggunakan serum ni setiap hari untuk kulit wajah yang tegang,licin dan berseri..Produk ni masih baru kat pasaran dan dah semakin popular kat JB sekarang dan kini aku merupakan salah seorang pengedar kat batu pahat,Johor ni.Jadi untuk sesiapa yang berminat nak mencuba boleh hubungi aku di facebook 'Suria Baharom' @ email alfa_sue@yahoo.com ...inbox aku untuk dapatkan harga istimewa...sekian.. ^^